73096

Tips Putihkan Gigi Tanpa Pembaziran Wang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gigi korang kuning? Tahu tak sebab apa? Haaa tu maksudnya banyak plak dekat gigi korang tu! Plak gigi akan terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang ada pada sisa makanan yang dimakan. Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat akan menyebabkan gigi korang rosak. Bukan itu sahaja, plak gigi yang terkumpul dan menempel di bahagian celah gigi sehingga membuatkan gigi menjadi kotor dan tidak terjaga.

  • Memberus Gigi Secara Teratur

Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, korang perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi korang akan menjadi lebih bersih, nafas tetap wangi serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Korang kena cegah daripada terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh menyebabkan plak gigi.

Brushing-Teeth-e1438049379216

  • Perbanyakan Minum Air

Banyakkan minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan plak gigi yang efektif dan paling senang. Korang tak payah mengeluarkan banyak wang untuk menghilangkan plak gigi dengan cara ini. Air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk plak gigi.

Water-e1438049322640

  • Makan Buah Epal

Korang boleh cuba cara menghilangkan plak gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas plak gigi secara semulajadi. Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi korang menjadi lebih bersih dan putih.

Sundowner-Apple-e1438049255809

  • Buah Melon

Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan plak gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.

melon-e1438048346856

  • Baking Soda

Ini adalah alat yang paling terkenal dan sering digunakan untuk membuang plak. Hanya tuangkan sedikit baking soda ke dalam bekas kecil, basahkan berus gigi korang, letakkan beberapa baking soda di atasnya dan berus. Korang juga boleh mencampurkan sedikit garam ke dalam serbuk penaik untuk pembersihan.

Korang juga boleh membuat pencuci mulut sendiri: Korang hanya perlukan setengah cawan baking soda, satu cawan air, 10 titik minyak pati limau, 4 sudu teh gliserin sayur-sayuran dan 1 sudu teh gel lidah buaya. Campurkan semua bahan dan simpan dalam botol, gunakan sekali atau dua kali sehari.

baking-soda-e1438049121978

  • Strawberi & Tomato

Strawberi dan tomato mempunyai kuantiti vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan mulut. Gosok buah-buahan ini terus pada gigi korang dan biarkan selama 5 minit, ini akan melembutkan tartar yang membina. Kemudian bilas mulut anda dengan baking soda yang dicampurkan dengan air suam untuk menghilangkan plak. Korang juga boleh menggunakan makanan yang kaya dengan vitamin c seperti bell peppers, lemons, berries, papaya, oranges dan lime.  

strawberry1

Selain perkara di atas, ada beberapa perkara yang boleh korang lakukan dalam regimen kesihatan mulut korang. 

  • Memberus gigi secara teratur dengan berus lembut menggunakan strok menegak. Tumpukan pada ruang di mana gigi dan gusi bertemu.
  • Sentiasa floss untuk membuang zarah makanan dan bakteria di antara gigi korang.
  • Makan makanan pedas juga akan membantu menjaga kebersihan mulut. Apabila korang makan makanan pedas ia merangsang kelenjar air liur korang, air liur yang membersihkan mulut korang secara semulajadi.
  • Gosok satu kulit oren pada gigi korang sebelum tidur dan jangan bilas. Ini akan membantu gigi korang melawan bakteria.
  • Berhenti merokok, produk tembakau mengandungi tar yang melekat pada gigi korang yang menyebabkan plak.

 

 

 

Sumber dipetik dari wanista.com

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!