73350

TR Fire Grill Kuala Lumpur- Sedap & Unik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini SURIA berpeluang untuk merasai hidangan yang lazat di restoran TR Fire Grill Kuala Lumpur yang terletak di tingkat 6 pusat membeli belah Pavilion.

Restoran yang berpangkalan di Florida Amerika Syarikat ini dibawa masuk ke Malaysia khusus untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang unik dan kreatif.

screen-shot-2017-11-03-at-10-11-54-am

Anda pasti tertarik melihat senarai menu di restoran ini yang sememangnya kreatif dan lain dari yang lain.

SURIA dihidangkan dengan minuman segar yang di beri nama Island Gateway iaitu sejenis minuman dari jus buah buahan segar. Antara buah yang terkandung di dalam minuman ini ialah betik, epal hijau, karot, oren dan delima. Rasa asli tropikanya sungguh menyegarkan. Tambah-tambah diminum sewaktu cuaca panas terik mentari Kuala Lumpur.

screen-shot-2017-11-03-at-10-19-30-am

Seterusnya SURIA diberi peluang untuk mencuba minuman milkshake atau susu kocak yang begitu unik. Ia dinamakan Ginger-Curry Milkshake. Namanya saja sudah unik. Pada mulanya penulis agak skeptikal untuk mencuba. Maklum lah di menunya juga sudah tertulis mengandungi halia dan kari. Takut pedas pula nanti. Tetapi sangkaan penulis meleset sama sekali. Ini adalah antara milkshake yang paling sedap pernah diminum. Rasanya sangat sedap, manis dan berlemak. Tiada rasa kari atau halia yang berlebihan. Mesti cuba!

screen-shot-2017-11-03-at-10-20-31-am

Sebagai pembuka selera, SURIA dihidangkan dengan Margherita Flatbread iaitu sejenis roti leper yang ditaburi dengan tomato yang dibakar bersama keju mozarela berserta daun selasih dan cuka balsamic. Rasanya sungguh lazat beserta aroma yang sungguh harum.

img_20171016_113849

Turut dihidangkan bersama ialah Prime Rib Egg Rolls. Bentuknya seakan-akan popiah atau samosa yang biasa kita makan. Namun rasanya sungguh berbeza. Inti didalamnya mengadungi daging lembu yang diadun bersama keju cheddar, sayuran jeruk dan dibalut menggunakan kulit wantan asli tempatan. Ia dimakan bersama bawang yang telah dikaramelkan beserta sos . Sungguh mengasyikkan!

screen-shot-2017-11-03-at-10-23-48-am

Bagi anda yang merupakan pengamal makanan sihat atau vegetarian, usah risau disini juga turut menyediakan hidangan yang sesuai dengan selera anda. Jika ke sini apa kata anda pesan Quinoa & Black Bean Burger. Ia merupakan burger yang dihasilkan menggunakan quinoa dan kacang hitam sebagai pengganti ‘daging’. Ia dimakan bersama keju amerika, jem tomato, bawang karamel, sayuran hijau, jeruk dan kentang goreng. Jangan pandang rendah terhadap hidangan ini kerana ia sungguh lazat!

screen-shot-2017-11-03-at-10-24-56-am

Untuk hidangan utama, SURIA disajikan dengan hidangan yang diberi nama
Salmon & Zoodles. Potongan ikan salmon segar dihidangankan bersama pasta Zucchini, asparagus, lada merah, epal hijau, keju feta dan sos kacang pistachio. Rasa ikannya sungguh segar dan manis. Kombinasi kesemua bahan ini sungguh sebati. Yang paling penting tiada rasa atau bau hanyir dari ikan salmon.

img_20171016_122116

Jika anda penggemar ayam goreng dan juga wafel, apa kata anda cuba Chicken & Waffles. Percayalah walaupun ia kedengaran agak janggal ayam goreng dimakan bersama wafel, tetapi kombinasi unik ini sungguh lazat. Rasa ayam goreng yang digoreng secara ‘deep fried’ pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah! Di dalam wafelnya pula mengandungi keju cheddar, bakon ayam dan sirap agave.

screen-shot-2017-11-03-at-10-26-47-am

Sebagai pencuci mulut, SURIA diberi pelaung untuk mencuba White Chocolate Cheesecake atau kek keju coklat putih. Kek keju ini dihidangkan bersama sos beri hitam. Teksturnya yang lembut pasti akan membuatkan anda terbuai-buai dengan kelazatan kek keju ini saat menyuap sudu yang pertama.

screen-shot-2017-11-03-at-10-28-29-am

Kesimpulannya, tidak rugi anda mencuba hidangan di restoran ini. Harganya sangat berpatutan dan saiz hidangannya juga sangat besar.  Dekorasi restorannya juga sungguh cantik dan selesa ditambah pemandangan yang indah. Restoran ini boleh memuatkan lebih dari 180 orang pelanggan pada satu-satu masa. Turut disediakan bilik untuk merokok dan juga bar.

img_2017-11-03_10-33-39

Bersempena dengan pembukaan restoran TR Fire Grill Kuala Lumpur, para pelanggan wanita berpeluang mendapatkan minuman Sangria secara percuma jika anda makan di restoran ini dari pukul 5 petang hingga 9 malam. Dan kepada anda yang membuat sebarang pembelian di mana-mana kedai di Pavilion Kuala Lumpur, anda layak untuk untuk mendapatkan pembuka selera secara percuma tanpa sebarang had minimun pembelian pada hari yang sama. Tawaran ini sah sehingga 15 November 2017.

Untuk melihat lebih banyak gambar makanan yang menarik serta promosi, anda boleh lawati laman rasmi Instagram TR Fire Grill Malaysia. Selamat mencuba!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!