73139

Tu Rambut Ke Apa? Jom Try #5 Minyak Ni! Jimat Duit. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mesti ada diantara kita yang ada masalah rambut kan? Tak kisah lah lelaki ke perempuan, semua sama je. Kalau rambut korang jenis yang cepat gugur, berkelemumur, rapuh, berminyak dan sebagainya, haaa nampak sangat rambut korang tu tak cukup nutrien!

Korang perasan tak bila korang pakai serum atau minyak rambut, mesti rambut korang tu jadi terurus dan berkilau je. Haa tahu tak sebab apa? Sebab serum kaya dengan essential fatty acid yang bagus untuk merawat rambut bercabang, jadikan rambut sentiasa lembap dan hilangkan kusut masai tu!

Tapi korang tak sayang ke duit korang bila asyik nak kena beli serum je? Haa daripada korang bazir duit tu, apa kata korang cuba #tips yang Suria FM nak kasi ni! Jimat weh duit korang!

  • RAMBUT NIPIS : Minyak Avokado

Kalau rambut korang jenis nipis, minyak avokado memang minyak yang paling terbaik untuk pertumbuhan sel dan kasi berkilau sikit dekat rambut korang tu. Tahu tak minyak ni akan serap ke dalam rambut korang tu dengan pantas weh! Paling best, tak berminyak pun!

  • RAMBUT TEBAL / KERINTING : Minyak Babassu

Tahu tak sheabutter atau minyak kelapa ni sangat famous untuk selesaikan masalah rambut tebal dan kerinting ni! Sama jugalah dengan minyak babassu (lebih kurang dengan kelapa sawit). Jom try!

  • RAMBUT BEWARNA : Minyak Marula 

Kalau korang yang jenis ada hobi warnakan rambut, apa kata korang try minyak marula! Tekstur dia paling best weh! Dah lah banyak vitamin C dan E, lepas tu cepat serap pula tu! Haaa memang elok lah untuk tutup kutikel rambut korang tu. Bagi hilang sikit kusut tu!

  • KULIT KEPALA KERING / BERMINYAK : Minyak Tea Tree

Minyak antikulat dan antibakteria ini bukan setakat bagus je weh untuk hilangkan minyak yang berlebih tu! Bukan tu je, nak hilangkan sel kulit mati yang menyebabkan kelemumur pun boleh tau! Bila sel kulit mati dah tak ada, so senanglah nak menggalakkan pertumbuhan rambut baru. 

  • RAMBUT KERING : Minyak Argan

Rasanya semua orang tahu kan kebaikan dan kelebihan minyak argan? Senang cerita, minyak argan tu ubat paling mujarab untuk merawat rambut kering sebab boleh menyubur dan memperbaiki hujung rambut bercabang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!