88034

Tudung Dalaman Inovatif Menggunakan Fabrik Liquid Titanium! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Label tudung buatan Malaysia, STAILOZ™ dengan bangganya mempersembahkan rangkaian tudung dalaman yang inovatif dengan perincian yang fokus terhadap kesihatan buat mereka yang mencari keperluan harian berkualiti tinggi melebihi stail dan keselesaan dalam pemakaian.

Koleksi TITAN TECH Inner Hijab yang diiktiraf sepenuhnya ini adalah yang pertama di Malaysia dan dicipta dengan teknologi maju dari Jepun yang boleh memberi manfaat kesihatan jangka panjang kepada pemakainya termasuk menambahbaik peredaran dalam badan, mengurangkan sakit kepala, mengoptimumkan tahap tenaga, mengurangkan tekanan, serta banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada jenama pakaian sederhana yang serba boleh, STAILOZ™ Inner Hijab menggunakan kehebatan TITAN TECH, teknologi eksklusif STAILOZ™ yang menggabungkan Magnetic Titanium dengan zarah nano dan diserap sepenuhnya ke dalam bahan untuk mencipta fabrik Liquid Titanium Polyester yang digunakan di dalam setiap rangkaian produk STAILOZ™ Inner Hijab. Proses rumit ini dijalankan untuk memastikan zarah-zarah titanium tidak hilang apabila dibasuh dengan sabun atau air, dan memberi peluang kepada pengguna untuk terus menikmati manfaat kesihatan maksimum dalam setiap pemakaian.

Teknologi ini menawarkan pelbagai faedah buat si pemakai sekaligus menjadikannya pilihan tudung yang sempurna terutamanya buat mereka yang memakai tudung untuk jangka masa yang lama dalam sehari:

• Menstabilkan arus Bio-elektrik dalam badan. Ini ada isyarat yang diperlukan bagi memastikan trillion sel di dalam badan ‘berhubung’ antara satu sama lain untuk membolehkan badan anda bergerak serta berfungsi secara normal. Komunikasi ini sering terganggu apabila anda mengalami tekanan atau terdedah kepada gelombang elektromagnetik dalam tempoh yang lama hasil daripada penggunaan gajet seperti computer, tablet atau telefon pintar. Apabila isyarat ini menjadi lemah, anda akan mula mengalami sakit kepala, kejang otot di leher dan bahu serta keletihan yang melampau. TITAN TECH berfungsi untuk menstabilkan arus Bio-elektrik di dalam badan anda dengan pakaian harian yang lebih selesa.

• Meningkatkan peredaran dalam badan dengan mengaktifkan pengeluaran Sinaran Inframerah semulajadi apabila berhubung dengan kulit.

• Meningkatkan kualiti tidur anda hasil daripada peredaran dalam badan yang lebih baik.

• Meningkatkan metabolisma dengan mengawal penghidratan dalam saluran darah.

• Detoksifikasi Semulajadi hasil daripada Tenaga Inframerah yang membantu melepaskan toksin dari dalam badan.

• Mengoptimumkan tahap tenaga dengan kehadiran ion negatif yang menggalakkan gelombang otak alpha dan merangsang amplitud gelombang otak untuk meningkatkan kesedaran.

• Mengurangkan tekanan dan memberi hasil yang tenang dan lancar buat isyarat gelombang otak.

• Manfaat Penghadang Sinaran UV melalui komponen penghadang UVA dan UVB di dalam fabrik yang membantu mengurangkan kesan penuaan kulit, kedutan serta kerosakan DNA dan selaran matahari.

• Fabrik yang membolehkan anda bernafas secara selesa yang mengeluarkan kelembapan supaya anda kekal segar sepanjang hari.

• Anti-Bau dan penyahmampatan semulajadi daripada kain yang menghalang pembentukan ammonia dan bau yang kurang menyenangkan.

• Komponen Antibakteria di dalam fabrik membunuh kuman secara semulajadi.

• Fabrik bukan toksik yang sesuai untuk pemakaian harian dalam tempoh masa yang lama.

Teknologi yang digunakan oleh STAILOZ™ Inner Hijab disokong oleh organisasi jaminan kualiti global seperti SGS dan Interlek. Untuk makluman serta jaminan orang ramai, maklumat ini boleh didapati melalui laman web STAILOZ™ di https://www.stailoz.com/page/27/Titan-Tech/ .

STAILOZ™ Inner Hijab boleh didapati dalam dua jenis gaya iaitu gaya penuh dan gaya tiub dengan harga RM99 dan RM79 setiap satu. Terdapat sembilan warna yang menarik termasuk kelabu, biru muda dan juga warna yang menjadi pilihan ramai iaitu hitam, putih atau warna tanah yang sesuai dipadankan dengan pelbagai stail dan acara. STAILOZ™ Inner Hijab boleh dibeli melalui laman web rasmi www.stailoz.com dan melalui pesanan di aplikasi Whatsapp di +601 1268 9950. Jenama ini juga boleh didapati di LAZADA dan ZALORA.

Untuk sebarang kemaskini dan promosi, layari laman media social STAILOZ™ :
Facebook : www.facebook.com/ livebetterwithSTAILOZ
Instagram : stailoz
Youtube : stailoz

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!