73169

Turunkan Berat Badan Dengan Amalkan 2 Jenis Buah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap individu menginginkan bentuk badan yang ideal atau dengan perkataan mudah faham, badan yang langsing, sihat dan cantik. Haaa 3 in 1!

Untuk pengetahuan anda, buah epal hijau dan lemon sangat bermanfaat dalam proses untuk menurunkan berat badan. Siapa kata kalau nak kurus kena makan ubat kurus? Jangan bahayakan diri anda sendiri tau!

Jom kita selongkar antara manfaatnya:

manfaat-buah-apel-hijau

Makan buah EPAL HIJAU atau minum jusnya setiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus.

lemon

Makan buah LEMON atau minum jusnya sebiji sebelum sarapan ATAU sebiji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang. Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : anizyn

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!