90422

UFORA – Rahsia Untuk Kulit Cantik Naw! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama UFORA Skincare telah melancarkan tiga produk penjagaan kulit muka serba baharu bagi kegunaan harian.

Jelas Pengasasnya, Supiah Saupi, rangkaian produk kecantikan kulit terbaharu itu tampil dengan gah untuk menembusi pasaran tempatan melalui formulasi khas bagi membendung penuaan kulit wajah.

“Dengan ekstrak aloe vera yang berkualiti tinggi, UFORA Night Serum sangat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit muka untuk semua lapisan umur.”

“Ia mampu merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, parut, kulit muka berlubang, mengecilkan pori-pori dan juga mampu mencerahkan kulit.”

 

Tambahnya, UFORA Skincare mempunyai konsep, set penjagaan yang ringkas, tetapi mampu menyelesaikan kesemua masalah kulit.

“Dengan hanya satu produk sahaja ia sudah mencukupi untuk menjaga kulit muka wanita di waktu malam.”

Bagi kegunaan waktu siang pula, UFORA Skincare menyediakan UFORA Suncreen, untuk merawat kulit dan juga untuk melindungi sinaran UV cahaya Matahari, iaitu SPF50.

Formula anti penuaan yang terkandung dalam UFORA Suncreen ini mampu membuatkan kulit muka pengguna kekal muda dan anggun.

Dalam pada itu, UFORA Skincare turut tampil dengan produk pencuci muka, UFORA Facial Foam yang mengandungi bahan ekstrak Cranberi yang mana ia mampu melembut, menstabil dan melembapkan kulit muka,

UFORA Skincare juga mampu membersihkan kulit muka jauh ke dalam liang pori selain mencerah dan menegang dan mengilatkan kulit muka para pengguna.

Bagi menarik lebih ramai pelanggan, UFORA Skincare melancarkan satu rakan niaga strategik untuk kesemua pengedar terbesar di seluruh Malaysia bagi produknya sampai kepada pengguna seluruh negara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!