whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-1

Apa nilai persahabatan tanpa berkongsi kegembiraan dan kesenangan bersama yang dihargai. Dalam meraikan nilai persahabatan, ayuh ke Sunway Lagoon dan sahut cabaran Sunway Lagoon dalam kempen TWO-GETHERNESS bermula dari 2 Januari hingga 31 Januari 2018.

Kongsi dan cabar fobia kepada ketinggian bersama rakan atau kenalan anda dengan menyertai ‘Bungy Jump Duo’ dan ‘G-Force X’ dengan pakej istimewa TWO-GETHERNESS.

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-5

Dan untuk menyahut cabaran ini, baru-baru ini kru serta penyampai Suria Fizi Ali dan juga Tyzo telah menyahut cabaran tersebut. Mereka berdua telah bersama-sama menakluki ketakutan masing-masing dan mencuba kedua-dua buah permainan beradrenalin tinggi iaitu G-Force X dan lompatan ‘Bungy’

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-4

Jelas kelihatan pada mulanya mereka berdua agak gementar sebelum menaiki wahana-wahana tersebut. Namun setelah mengalami dan merasai keseronokan kedua-dua permainan tersebut, kedua-dua penyampai Suria ini ternyata terhibur dengan cabaran ini. Tahniah kami ucapkan kepada Fizi dan Tyzo kerana berjaya melakukan kedua-dua aktiviti ini!

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm

Bagi yang berminat harga pakej TWO-GETHERNESS adalah RM240 untuk 2 orang (Warganegara Malaysia) dan RM360 untuk 2 orang (Bukan Warganegara Malaysia) yang disertakan dengan baucer makanan dan minuman RM40 atau baucer beli belah RM40 secara PERCUMA. Pakej ini meliputi kemasukan ke semua enam taman beserta semua aktiviti, wahana dan tarikan. (Tidak termasuk dengan aktiviti ‘pay-per-ride’ seperti Bungy Jump, G-Force X and Go Kart).

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-2

Tambahan kepada pakej tersebut, pengunjung boleh menikmati harga istimewa untuk permainan ekstrem seperti berikut (pakej ini tambahan kepada tiket kemasukan ke Sunway Lagoon):

1) Bungy Duo (untuk 2 orang): RM130 untuk Warganegara Malaysia, RM230 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Harga asal: RM160 untuk Warganegara Malaysia, RM276 untuk Bukan Warganegara Malaysia)

2) G-Force X Duo: RM50 untuk Warganegara Malaysia, RM100 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Normal price: RM64 untuk Warganegara Malaysia, RM128untuk Bukan Warganegara Malaysia)

3) Combo Bungy + G-Force X Duo: RM170 untuk Warganegara Malaysia, RM280 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Normal price: RM202 untuk Warganegara Malaysia, RM320 untuk Bukan Warganegara Malaysia)

Pakej ini membolehkan para pengunjung menikmati tattoo airbrush bersaiz kecil secara PERCUMA (bernilai RM22) dengan setiap pembelian sepasang ‘Waxhands’ pada harga RM80 dan cetakan gambar digital bersaiz 6×6 (2 keping) pada harga RM60 (Harga asal:RM74).

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-6

“Kami tahu permainan ekstrem seperti ini merupakan sesuatu yang diidamkan oleh para pengunjung dan kami pasti ramai ingin mencubanya untuk menguasai perasaan takut tersebut. Oleh itu, sahut cabaran kami ini, dan alami sendiri kepuasan yang kami tawarkan bersama sama sahabat atau kenalan anda, hadapi Bungy Jump dan G-Force X ‘Two-gether– gether’. Pasti kenangan yang manis bakal terpahat dihati anda selama lamanya.” ujar Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

_Twoo_3_final

Sempena kempen ini, Sunway Lagoon turut ingin memberi peluang kepada anda terbang ke New Zealand. Ambil bahagian dalam pengalaman epik ini bermain permainan ekstrem yang kami tawarkan dan anda berpeluang untuk menangi sepasang tiket penerbangan ke New Zealand. Caranya cukup mudah, hanya muat naik video anda dan teman anda semasamerasai Bungy jump ataupun menaiki G-Force X di laman Instagram anda dan sertakan #SLTwoGethernessContest. Muat naik yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang.

Pertandingan ini bermula pada 2 Januari hingga 31 Januari 2018. Dengan 6 taman yang penuh dengan kemeriahan dan keseronokan, ianya pasti sebuah taman tema yang bakal mengukirkan senyuman serta pengalaman yang indah kepada semualapisan umur dan sesi keluarga.

whatsapp-image-2018-01-10-at-12-34-29-pm-3

Kunjungi Sunway Lagoon di bulan Januari ini dan alami #SLTWOGETHERNESS bersama. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di +603-5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau kunjungi www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!