96161

‘Underwater’ Paparkan Hidupan Di Dasar Lautan Yang Kita Tidak Ketahui - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya tahun baru 2020 ini dimulakan dengan pelbagai filem menarik dari Hollywood. Dan terkini di layar perak adalah sebuah filem sains fiksyen berjudul ‘Underwater’.

Filem ini yang mungkin tidak dihebohkan berbanding filem-filem lain dari barat sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan filem-filem yang sempat menemui penonton di pawagam dunia baru-baru ini.

Ia mengisahkan bagaimana beberapa pekerja sebuah projek ekspedisi lautan dalam cuba menyelamatkan diri dan bertarung nyawa untuk terus hidup selepas pangkalan dasar laut mereka tiba-tiba mengalami kemalangan sehingga sebahagian besarnya meletup.

Mereka mula mengesyaki bahawa ada hidupan lain di dasar lautan yang menyebabkan kemalangan dan kematian beberapa kru ekspedisi tersebut.

Demi menyelamatkan hidup mereka, setiap anggota yang tinggal terpaksa berjalan di dasar lautan memakai kelengkapan khas menuju ke pangkalan yang selamat. Namun perjalanan mereka ke pangkalan tersebut menemui pelbagai rintangan daripada makhluk aneh yang hidup di dasar lautan.

Sekali imbas, filem ini mirip dengan jalan cerita filem ‘Alien’ di mana terdapat makhluk lain yang mengganggu proses eksplorasi. Namun apa yang membezakannya dengan filem klasik itu adalah, kisah yang dipaparkan dalam Underwater berlaku di lautan dalam dan bukan di angkasa lepas.

Kemungkinan besar filem ini bakal diminati oleh penonton yang menyukai konsep jalan cerita makhluk asing dan sains fiksyen.

Dterajui Kristen Stewart dan beberapa nama besar lain, Underwater bakal menemui penonton di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Januari 2020 ini.

Artikel sumbangan : Shah Shamshiri

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!