94886

Unity Kitchen Dan OGAWA Cipta Rekod - Suria FM - Segalanya Hiburan

Unity Kitchen Sdn. Bhd bergabung bersama OGAWA Malaysia (Healthy World Lifestyle Sdn. Bhd) bagi percubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records dalam menghasilkan formasi berbentuk hati terbesar yang terdiri daripada kerusi urut.

Acara ini diadakan dengan kerjasama antara Unity Kitchen Sdn. Bhd dengan OGAWA Malaysia, dan bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang isu kesihatan global. Para peserta juga diberi peluang belajar tentang topik kesihatan, serta mencuba produk kesihatan dan kabinet rumah yang ditawarkan oleh Unity Kitchen dan OGAWA.

Percubaan rekod ini mengambil tempat di pusat beli-belah Central I-City, Shah Alam, di mana 2 bulan sebelum acara tersebut, Unity Kitchen Sdn. Bhd telah menghadiahkan 200 unit kerusi urut OGAWA (bernilai lebih RM2,000,000) yang canggih secara percuma kepada 200 orang pelanggan Unity Kitchen Sdn. Bhd. Pelanggan tersebut diberi pilihan antara 2 variasi kerusi urut OGAWA, model OGAWA Smart Edge Plus dan OGAWA MYsofa. 100 orang pelanggan tersebut yang menyertai acara ini dengan penuh semangat demi menyaksikan penciptaan rekod baru ke Malaysia Book of Records dan juga untuk menerima hadiah mereka.

“Ini merupakan tanda kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami yang sentiasa meletakkan kepercayaan mereka dalam keupayaan kami untuk menawarkan rekaan terbaik serta kualiti tertinggi untuk dapur dan rumah mereka,” kata Erny Looi Chee En, pengasas Unity Kitchen Sdn Bhd. Unity Kitchen juga akan memberi 200 unit kerusi urut OGAWA kepada pelanggan Unity Kitchen pada bulan Disember yang akan datang dan bulan Januari tahun 2020.

Bukti dedikasi OGAWA dalam berkongsi teknologi dan maklumat kesihatan bersama semua orang dengan
harapan memupuk gaya hidup yang baik dan sihat. OGAWA akan terus mencipta, merevolusikan dan
menambahbaik teknologi kesihatan dengan produk demi memperkayakan gaya hidup sihat orang di seluruh
dunia. OGAWA mengalu-alukan semua orang untuk mencuba teknologi inovatif dalam kerusi urut terbaru
mereka, TAKUMI di mana-mana 60 cawangan OGAWA di Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!