73165

'Upside Down House' Di Melaka Memang Membuatkan Anda 'Terbalik' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu merupakan masa yang sangat sesuai untuk anda meluangkan masa bersama keluarga anda. Tambahan pula apabila hujung minggu itu disertai dengan pelbagai cuti peristiwa, wahhh bukan main lama cuti! 

Kalau hari-hari kena fikir soal kerja pun pening juga kan? Silap hari bulan boleh jadi gila! Apa kata anda buang semua masalah kerja anda dan tumpu pada sesuatu aktiviti yang menarik bersama keluarga.

Kalau disebut tentang Bandar Bersejarah Melaka, pasti akan membuatkan anda terfikir tentang seni bina bangunannya yang masih mengekalkan tradisi lama, pasar malam Jonker Walk, Muara Ikan Bakar dan pelbagai lagi tempat best.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh ke Upside Down House yang terletak di kawasan berdekatan dengan Mahkota Parade. Senang cerita, tempat ini betul-betul terletak di belakang Seri Costa Hotel. 

Upside Down House merupakan salah satu tarikan baru dan unik yang berada di Melaka. Tempat ini juga menjadi perhatian pelancong tidak kira tempatan mahupun antarabangsa.

screen-shot-2017-01-26-at-3-36-11-pm

screen-shot-2017-01-26-at-3-38-22-pm

screen-shot-2017-01-26-at-3-38-00-pm

screen-shot-2017-01-26-at-3-37-20-pm

screen-shot-2017-01-26-at-3-37-00-pm

screen-shot-2017-01-26-at-3-36-25-pm

Kepada sesiapa yang berminat untuk memenuhkan galeri foto anda dengan keunikan tempat ini, tunggu apa lagi? Inilah masanya! 

Alamat: 

  • G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
  • GPS Coordinate: N2.18927 E102.24587
  • Facebook: Upside Down House Melaka

Kalau disebut tentang harga pula, memang sangat berbaloi!

Harga Tiket Dewasa: RM15

  • Kanak-Kanak: RM10
  • Warga Emas: RM10
  • Warga OKU: 50%

Waktu Beroperasi: 

  • Isnin – Khamis: 10.00 Pagi – 6.00 Petang
  • Jumaat – Ahad/Cuti Am: 10.00 Pagi – 9.00 Malam

 

Sumber : Facebook Upside Down House Melaka

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!