92918

Variasi Minuman Coklat Nutrigold Sesuai Ketika Sahur Dan Buka Puasa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sepanjang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan, apa yang berada di fikiran anda ketika saat bersahur dan berbuka? Tentunya minuman menjadi pilihan utama dalam membekalkan tenaga dan hidrasi sepanjang hari dan selepas berbuka.

Pilihan minuman yang salah ketika bersahur dan berbuka puasa boleh menyebabkan anda sakit perut atau gangguan pencernaan. Oleh itu, pentingnya untuk kita memilih dengan teliti minuman yang diambil semasa bersahur dan berbuka puasa.

Pastinya antara minuman pilihan orang ramai dan kanak-kanak adalah terdiri daripada minuman bersusu dan minuman bercoklat yang tidak manis. Lebih-lebih lagi kini kanak-kanak juga dimanjakan dengan pelbagai pilihan dan semakin memilih dalam pemakanan mereka.

Terbaru, Nutrigold memperkenalkan pilihan minuman coklat yang enak, sihat dan menepati perbezaan citarasa di dalam keluarga iaitu Chocolate Malt, Chocolate Milk dan Hot Chocolate.

Chocolate Malt Nutrigold mensasarkan mereka yang inginkan manfaat malt di dalam minuman mereka. Chocolate milk pula adalah pilihan bagi mereka yang gemarkan minuman coklat bersusu krim. Hot Chocolate pun ada untuk mereka yang mahukan rasa coklat lebih pekat dan manis dalam minuman mereka.

Siri minuman coklat Nutrigold ini senang dibawa dan mudah disediakan dengan hanya menambah air panas. Jika disejukkan, minuman coklat Nutrigold ini lebih sedap dinikmati. Jadi, Nutrigold adalah pilihan minuman utama yang sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur.

Sekiranya anda masih tercari-cari minuman coklat yang enak dan memberi tenaga sepanjang Ramadan ini, dapatkan siri minuman coklat Nutrigold di pasaraya berhampiran dan rasai sendiri kehebatannya.

Menangi sebuah motosikal Modenas Pulsar NS 200 serta banyak lagi hadiah yang menarik melalui peraduan Beli dan Menang Nutrigold bermula dari 24 Mei hingga 31 Julai ini. Mudah sahaja caranya, beli minuman Coklat, Kopi atau Oatmeal Nutrigold bernilai RM 18 ke atas dalam satu resit. Kemudian WhatsApp gambar resit, nama, nombor kad pengenalan dan nombor resit ke 019 5789038. Sila simpan resit asal untuk pengesahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Nutrigold.com.my/BeliDanMenang2019.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!