
/wp-content/uploads/2021/06/Seminar-Saham-Online-bersama-DDNK.jpeg)
Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Total Lockdown oleh pihak kerajaan Malaysia, Vega Hermosa International Sdn Bhd bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) mengambil langkah proaktif bagi membantu seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan situasi semasa. Pandemik yang berlaku telah menyebabkan puluhan ribu perniagaan terpaksa ditutup, ratusan ribu orang pekerja hilang pekerjaan.
Atas dasar prihatin, demi membantu seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan impak pandemik yang melanda dunia sekarang, Vega Hermosa International Sdn bhd bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) akan mengadakan Seminar Saham Terbesar di Malaysia, iaitu Menang Saham Online Bersama DDNK secara percuma.
Pada masa yang sama, bagi mengurangkan impak kewangan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia, Peraduan “Daftar, Belajar dan Menang” dilancarkan dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM120,000. Hadiah yang ditawarkan kepada orang ramai akan diberikan secara Cabutan Bertuah dan penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Seminar Menang Saham Online (MSO) 3.0 akan dipimpin sendiri oleh Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) sebagai Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah Paling Berpengaruh Dalam Dunia Islam (OIC Today), Best New Asset Management CEO & Fastest Growing Investment Management Company (International Finance Magazine).
Seminar Menang Saham Online (MSO) 3.0 ini akan dijalankan selama 8 jam bagi setiap sesi. Ilmu yang diberikan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana duit seumur hidup pada bila-bila masa dengan hanya perlu menggunakan telefon pintar dan duduk di rumah sahaja. Setiap peserta bakal mendapat ilmu pelaburan terbaik dan terhebat secara santai yang disampaikan dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Setiap ilmu, teknik dan strategi pelaburan saham yang bakal didedahkan oleh DDNK mempunyai hasil yang telah terbukti dan berjaya melahirkan ribuan pelabur saham berjaya dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk suri rumah, pelajar, mahasiswa, penganggur, profesional, usahawan, ahli politik serta kakitangan awam dan swasta.
Antara kelebihan menyertai seminar ini adalah peserta berupaya untuk membuat duit lebih tanpa mengira keadaan pasaran saham sama ada pasaran saham naik, jatuh dan tak bergerak dengan modal serendah RM10 melalui broker yang memberi “Zero Komisen”. Tumpuan pengajaran pastinya 100% patuh syariah dengan memburu saham-saham gergasi yang naik lebih 10 kali ganda hanya dalam masa beberapa tahun. Proses pengajaran ini akan dibantu oleh jentera DDNK yang sangat berpengalaman untuk menjawab segala soalan dan masalah anda akan dijawab dengan pantas!
Pendaftaran Seminar Menang Saham Online 3.0 dan penyertaan Peraduan “Daftar, Belajar dan Menang” boleh dilakukan melalui laman web www.menangsaham.com.