73261

Warisan Tradisi Kampung D’Utara Eastin Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

dsc_4005

Eastin Hotel Kuala Lumpur menyambut bulan Ramadan dengan aneka juadah berbuka puasa yang enak dari resepi-resepi negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dibawa ke Swez Brasserie. Dengan hidangan dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan lain-lain, Warisan Tradisi Kampung D’Utara merupakan satu olahan menu yang mesti dicuba Ramadan ini.

dsc_3385raya0572

Antara masakan pilihan termasuklah Sup ‘Gear Box’, Ikan Bakar Kuala Kedah, Gulai Kawah Daging, Nasi Kandar, Ayam Panggang Madu Berbijan, Kari Kepala Ikan Padang Kota, Puyuh Goreng Sambal Hijau, Sate, Murtabak dan banyak lagi.

raya0679dsc_3392

Ini termasuk juga kuih-muih dan pencuci mulut umpama Putu Piring, Tapai Pulut, Cendol, ‘Kelapa Bakar’, Sago Gula Melaka, Strawberry Panna Cotta, Crème Brulee, aneka kek, tat, dan macam-macam lagi.

dsc_3402dsc_3407

Dari 29 Mei hingga 4 Jun, 22 Jun dan 23 Jun 2017, hidangan buffet bermula pada harga RM100 untuk seorang dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Dari 5 hingga 9 Jun, 12 hingga 16 Jun dan 19 Jun sampai 21 June 2017 harga buffet adalah RM145nett untuk seorang dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Terdapat juga harga istimewa hujung minggu iaitu RM100 buat seorang dewasa dan separuh harga buat kanak-kanak.

dsc_3461

Malah harga bilik Eastin Hotel Kuala Lumpur di bulan Ramadan juga menawarkan harga khas dari RM250++ semalam.

Jadi singgahlah ke Eastin Hotel Kuala Lumpur Ramadan ini untuk menikmati sajian berbuka puasa yang lazat dan menyelerakan!

Untuk lebih banyak pilihan menjamu selera klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!