89320

Bersantai Mewah di Tengah Kota di Westin Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tersergam di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, The Westin Kuala Lumpur berdiri megah menghiasi latar belakang pusat kota ibu negara. Terletak berhadapan pusat membeli-belah Pavilion serta beberapa langkah dari stesen MRT dan Monorel Bukit Bintang, hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.

Hotel ini merupakan pilihan terulung bagi penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di Malaysia. Sering menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Kuala Lumpur.

Hotel ini mempunyai lebih daripada 300 buah bilik yang luas termasuk beberapa bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya moden dan kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

Bagi tujuan menjamu selera pula, Westin Kuala Lumpur menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran The Living Room: bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, Restoran Prego yang menyajikan makanan Itali serta beberapa pilihan masakan barat terbaik.

Tidak dilupakan juga adalah 443 Bar & Lounge bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai dengan alunan muzik, serta Splash yang terletak di kolam renang buat mereka yang ingin dikelilingi ketenangan berada berdekatan gimnasium untuk bersenam.

 

Mereka juga mempunyai sebuah restoran Cina bernama Five Sen5es yang menyajikan aneka hidangan lazat dengan menggunakan ramuan yang halal. Antara yang istimewa adalah pilihan Dim Sum mereka yang sangat menyelerakan.

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Dengan pemandangan terhebat bandaraya Kuala Lumpur dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya ingin bermalam di tengah Kuala Lumpur, bermalamlah di Westin Kuala Lumpur kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!