86581

Zalora Tawar Rekaan Baju Raya Dari Pereka Fesyen Ternama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Menjadi kebiasaan setiap tahun, portal beli belah atas talian Zalora Malaysia akan menawarkan koleksi baju raya rekaan pereka-pereka tersohor negara. Sempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, jom lihat busana-busana yang anggun lagi bergaya rekaan pereka fesyen tempatan.

1. Rizalman For Zalora – Mengangkat tema Bollywood sebagai tunjang utama koleksi kali ini, Rizalman For Zalora menawarkan variasi rekaan dalam pelbagai jenis corak. Pasti anda kelihatan anggun bak Madhuri Dixit di Aidilfitri nanti.

 

 

2. Jovian For Zalora – Tahun ini Datuk Jovian memberanikan diri memilih tema Jepun sebagai tema koleksinya bersama Zalora. Bagi anda yang teringin bergaya ala-ala wanita Jepun dalam balutan Kimono, Jovian For Zalora adalah pilihan yang tepat.

 

3. Rico Rinaldi For Zalora – Tahun kedua kolaborasinya bersama Zalora, Rico mengambil inspirasi dari gaya ibunya sewaktu tahun 80an.

 

4. Syomir Izwa Gupta For Zalora – Syomir mengimbas kembali nostalgia Aidilfitri zaman dahulu kala. Rekaan klasik dan retro benar-benar menaikkan aura glamor wanita Melayu era 60an. Mata pasti tertumpu kepada anda yang menggayakan koleksi Syomir Izwa For Zalora

 

5. Nurita Harith For Zalora – Nurita sinonim dengan rekaan yang romantik dengan nuansa pastel. Untuk koleks Zalora tahun ini. Nurita masih menerapkan ciri-ciri romantis namun lebih ringkas dan praktikal, sesuai digayakan di hari lebaran.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!