87837

10 Pemain Bola Sepak Yang Kacak & Seksi Di Piala Dunia 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Demam bola sepak Piala Dunia sedang melanda satu dunia sekarang ini. Nampaknya banyak juga pasukan negara kegemaran telah kecundang di awal persaingan.

Bukan sahaja perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan, tetapi ketampanan pemain-pemain bola ini turut menjadi perhatian.

Wajah yang tampan, tubuh yang kekar bersama ketinggian yang mencecah 6 kaki, pastinya setiap pemain ini menjadi halwa mata untuk menonton terutamanya untuk para wanita.

Disini SURIA senaraikan 10 pemain bola sepak Piala Dunia 2018 paling kacak dan menawan.

1. Cristiano Ronaldo – Merupakan penyerang utama pasukan Portugal, Ronaldo adalah antara pemain bola sepak paling popular di dunia. Bukan sahaja hebat di padang, malah wajahnya yang tampan dan tubuhnya yang kekar sering menjadi dambaan para gadis. Khabarnya ramai yang menyokong pasukan Portugal hanya kerana pemain ini. Bom dia!

2. Antoine Greizmann – Pemain muda untuk pasukan Perancis ini sememangnya memiliki wajah yang tampan yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja. Renungan matanya bisa memukau sesiapa sahaja yang menatapnya. J’Adore!

3. Mats Hummels – Pemain seorang ini memang terkenal kerana kekacakkan wajahnya yang sekali pandang persis seorang pelakon atau model. Sering menjadi tumpuan tatkala pasukan Jerman beraksi di padang. Namun sayang Jerman sudah pun tersingkir dari saingan Piala Dunia 2018. Auf Wiedersehen!

4. Kevin Trapp – Seorang lagi ahli pasukan Jerman yang bisa meruntun jiwa para gadis. Namun sayang, kerana pemilik sebenar hati pemain kacak ini adalah seorang supermodel kelahiran Brazil yang juga merupakan model pakaian dalam Victoria’s Secret iaitu Izabel Goulard. Selain handal menangkap bola di gawang gol, nampaknya Kevin juga berkaya menangkap hati seorang supermodel!

5. Ramin Rezaeian – Pemain pasukan Iran ini sering menjadi tumpuan dek wajahnya yang kacak dan tubuhnya yang seksi. Lebih menambah keseksiannya ialah wajahnya yang berjambang lagi maskulin. Ya habibi!

6. Roman Buerki – Ternyata negara Switzerland bukan sahaja memiliki jam tangan serta cokelat terbaik di dunia, tetapi turut memiliki antara pemain bola sepak terkacak di dunia. Siapa yang boleh menafikan ketampanan wajah penjaga gol pasukan Switzerland ini? Roman bukan sahaja pandai menangkap bola, tetapi juga hati para wanita! Ouch!

7. Yannick Carrasco – Oh He’s So Hot! itulah ungkapan yang sering terpacul di bibir wanita tatkala melihat sosok pemain tampan pasukan Belgium ini. Lebih membanggakan apabila prestasi Belgium begitu cemerlang untuk Piala Dunia 2018. Mungkinkah Yannick Carrasco bakal menjulang piala terhebat di dunia itu tahun ini?

8. Dejan Lovren – Pemain pasukan Crotia ini pernah menggemparkan peminat bola sepak di seluruh dunia pada Piala Dunia 2014 apabila gambar bogelnya di kolam renang sewaktu kejohanan Piala Dunia 2014 sedang berlangsung tersebar. Memiliki wajah yang tampan dan tubuh yang sasa, tidak hairan mengapa foto panasnya tular dalam sekelip mata! Blushing!

9. Jerome Boateng – Berkulit hitam manis, tubuh yang seksi dan wajah yang tampan siapa sahaja yang tidak jatuh cinta dengan pemain pasukan Jerman ini. Seringkali dilihat berkaca mata, wajah ‘nerd’ Jerome bisa mencairkan hati anda! I need hot chocolate!

10. Rurik Gislason – Sekali pandang pasti ramai yang akan menyangka penjaga gol pasukan Iceland ini merupakan seorang peragawan. Wajahnya saling tidak tumpah seperti seorang model. Bermata biru, berambut perang panjang, tubuh yang kekar dan tinggi lampai, mana mungkin pemain ini tidak tersenarai dalam pemain bola sepak terkacak sepanjang Piala Dunia 2018. We love his bun!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!