93876

100 Orang Selebriti Popular Hadir Ke Konti Suria Fm Sepanjang Ogos Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seramai 100 selebriti akan mengunjungi konti Suria FM sempena kempen 100 Selebriti Suria yang bermula pada 5 Ogos yang lalu. Antara selebriti yang mengunjungi Suria pada minggu pertama bulan Ogos adalah Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Rashidi Ishak, Black Hanifah, Ismail Izzani, Shila Amzah, Sharifah Zarina, Yazid Sejati, Man Bai dan Shafie Rio.

Kempen 100 Selebriti Suria ini akan menampilkan kombinasi  barisan selebriti seperti penyanyi lama, penyanyi baru, pelakon, pelawak dan juga pengarah. Antara undangan selebriti yang popular adalah seperti penyanyi Aiman Tino, Marsha, pelakon Syafiq Kyle, Adam Lee, Fatin Afeefa dan pengarah drama, Michael Ang.

100 orang selebriti ini akan ke udara di dalam slot utama Suria seperti Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Pendengar bukan sahaja disajikan dengan perkembangan selebriti tersebut, malah pendengar juga boleh menghubungi konti Suria untuk bertanya apa sahaja kepada selebriti kesayangan mereka.

“Kempen 100 Selebriti Suria ini adalah kesinambungan daripada kempen 100 Selebriti Suria yang diadakan pada tahun lepas. Suria mendapat banyak respon positif daripada pendengar terhadap kemeriahan artis-artis ke udara menerusi Suria dan mereka mencadangkan agar kempen ini diteruskan. Kami tidak menyangka bahawa kempen ini meninggalkan kesan kepada pendengar dan peminat Suria, dan tentunya kempen kali ini akan menampilkan variasi selebriti yang akan menarik ramai peminat mendengarkan Suria”, tambah DJ Lin.

“Bukan itu sahaja, kempen ini turut mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan artis yang teruja untuk menjadi sebahagian daripada 100 Selebriti Suria dan berkongsi promosi di media sosial masing-masing bagi menarik peminat mendengarkan temubual mereka di Suria. Ini juga merupakan platform terbaik bagi peminat-peminat untuk berinteraksi secara langsung bersama selebriti kegemaran mereka.”

100 orang selebriti ini akan turut tampil dalam variasi video seperti Akustika Suria, Sensasi Suria, Team Pagi Suria dan Gebang Petang yang boleh ditonton di Youtube Suria TV atau laman web www.suria.my.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!