
/wp-content/uploads/2017/11/23005737/lilyrose1.jpg)
Semua sudah sedia maklum tentang dalam dunia ini akan ada 7 orang yang mempunyai wajah seiras kita kan? Alangkah indahnya jika kita dapat berjumpa dengan ‘kembar’ kita itu. Yela nak tengok juga muka diri sendiri dalam dunia realiti.
Hal ini juga terjadi pada beberapa artis Hollywood yang dikatakan muka mereka saling tak tumpah seperti zaman remaja. Contohnya seperti Suri Cruise,itulah Katie Holmes ketika muda.
Jom kita lihat antara selebriti yang mempunyai wajah yang sama dengan anak mereka. Mungkin anda boleh bayangkan muka beliau ketika zaman muda menerusi muka anaknya.
Lily-Rose Depp & Vanessa Paradis
Ya wajah anak beranak ini memang saling tak tumpah. Lily-Rose Depp iaitu anak kepada pelakon Johnny Depp serta penyanyi Perancis, Vanessa Paradis. Mencecah usia 17 tahun, Lily-Rose mewarisi kecantikan ibunya yang memiliki tulang pipi menonjol dan berwajah fotogenik.
Cindy Crawford & Kaia Gerber
Wajah Kaia yang saling tidak tumpah seperti Cindy semasa muda menjadi tarikan paparazi dan pihak media untuk merakamkan gambar mereka malah kini Kaia mengikuti jejak langkah ibunya itu dalam bidang peragaan.
Diane lane & Eleanor Lambert
Ternyata Diane Lane menurunkan kecantikan semula jadinya kepada anak perempuan, Eleanor. Pasangan duo baru-baru ini mencuri tumpuan ramai ketika muncul di tayangan perdana filem “Batman v. Superman: Dawn of Justice”.
Jada Pinkett Smith & Willow Smith
Wajah Jada saling tak tumpah ketika Willow di waktu remaja. Such a good genes!
Lisa Marie Presley & Riley Keough
Elvis Presley sememangnya meninggalkan wanita cantik dibelakangnya! Lihat sahaja anaknya, Lisa Marie Presley yang berusia 48 tahun bersama cucu Riley Keough yang kini berusia 27 tahun yang boleh dikatakan bagai pelanduk dua serupa dan memiliki kecantikan semulajadi.
Jerry Hall & Georgia May
Mereka berdua berkongsi bentuk mata yang sama, kening melengkung dan sudah tentu rambut blonde.
Demi Moore & Rumer Willis
Lihat sahaja gambar yang dikongsi Rumer Willis di Instagram, kedua-dua mengenakan jumpsuit dengan rambut panjang hitam dan berkaca mata.
Lisa Bonet & Zoe Kravitz
Lisa Bonet dan Zoe Kravitz sememangnya seakan kembar seiras. Lihat sahaja fesyen yang dikenakan, sepadan habis. Rasanya mesti saiz pun sama.
Madonna & Lourdes Leon
Mumpunyai persamaan pada mata, kening dan bibir. Betullah orang kata di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, itulah ungkapan yang boleh dibuat antara Madonna dan Lourdes.
Katie Holmes & Suri Cruise
Resse Witherspoon & Ava Phillipe
Ada sedikit iras Reese dan Ryan Phillipe (bekas suami Reese Witherspoon).
Haa macam mana? Anda rasa adakah mereka benar-benar kelihatan seiras? Hmm kalau dihayati betul-betul, memang ada sedikit persamaan diantara ibu dan anak ini.
Sumber : Wanista