72262

11 Tahun Bekerja Keras Membesarkan Anak-Anak, DJ Lin Mahu Cari Lelaki Kaya Sebagai Suami. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramai yang skeptikal apabila penyampai radio kesayangan ramai, DJ Lin menyuarakan hasrat untuk mencari lelaki kaya sebagai calon suami.

Kejujuran pengendali segmen Suria CInta ini telah disalah erti oleh sesetengah pihak lantas melabelkanya sebagai perempuan yang materialistik.

dj-lin-suria-fm

Pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kepadanya, tanpa mengetahui apa sebenarnya niat yang berada di hati wanita ini.

Mengenali DJ Lin, beliau seorang yang mempunyai personaliti yang menyenangkan ramai orang. Tutur katanya yang lembut serta bersopan santun pasti memikat hati sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya.

dj-lin-feat

DJ Lin sewaktu ditemubual secara eksklusif memberitahu Suria tujuan empunya badan ingin mencari lelaki yang kaya kerana sudah 11 tahun dirinya bertungkus lumus, bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan menyara keluarga.

“Selama hidup bersendiri selama 11 tahun, Lin sudah merasai kesakitan, kesukaran, kepayahan dan andai ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki, sudah tiba masanya untuk dia pula yang harus melindungi Lin, mencari rezeki dan tiba masa untuk Lin berehat pula untuk merasai keselesaan dalam kehidupan’.

image

Jelas DJ Lin, dia ingin memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan kerana tidak mahu lelaki yang bakal hadir dalam hidupnya nanti hanya akan menambah beban dan duka untuk dirinya.

“kita dah puas hidup susah, Lin nak rasai kesenangan dan keselesaan. Itu yang Lin tetapkan.” Tambahnya.

Namun jangan menyangka ibu tunggal ini hanya mengejar wang dan harta benda semata-mata. Hati kecilnya masih mendambakan seorang lelaki yang mampu mencurahkan rasa cinta sepenuhnya serta mampu memikul tanggungjawab untuk menjaganya dan keluarga.

dj-lin

Selama 11 tahun hidup tanpa kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami disisi, DJ Lin mengakui ada beberapa lelaki yang pernah cuba untuk mendekatinya sepanjang waktu itu. Ada juga lelaki yang jauh lebih muda yang cuba mencuri hatinya.

Tetapi tiada satu pun yang berjaya melekat dihatinya kerana mereka tiada ciri-ciri yang menepati kriterianya.

_20170505_092738

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu, Lin mungkin nampak selalu tersenyum dan mudah didekati, tetapi sebenarnya susah untuk lelaki mengambil hati serta mendekati Lin. Mana-mana lelaki yang berjaya menawan hati DJ Lin tu kira bertuah la…” selorohnya.

Antara ciri-ciri lelaki pilhan DJ Lin ialah lelaki yang matang, romantik serta tidak panas baran.

“ Lin suka lelaki yang matang, klau boleh biarlah berumur 40 tahun ke atas. Lin juga paling pantang terhadap lelaki yang panas baran, meninggi suara serta memaki hamun terutamanya kepada wanita” terangnya.

DJ Lin juga menegaskan bahawa dirinya tidak akan sekali-kali memilih golongan selebriti sebagai pasangan hidup kerana sudah 17 tahun hidup dikelilingi selebriti.

Saat ditebak dengan soalan adakah dirinya bersedia seandainya ada lelaki kaya yang mahu menyuntingnya menjadi isteri kedua, DJ Lin menjelaskan dia akan cuba mengelak tetapi tidak mampu menolak takdir Allah yang telah ditentukan untuknya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!