84842

12 Strong Terap Unsur Setiakawan dalam Perjuangan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-18-at-12-38-43-pm

Bagi anda yang menggemari filem aksi bertema perang dan perjuangan, filem terbaru lakonan Chris Hemsworth yang berjudul 12 Strong mungkin bakal memenuhi citarasa anda.

Filem ini mengisahkan sebuah pasukan khas ketenteraan Amerika Syarikat yang dihantar ke Afghanistan selepas tragedi 11 September.

whatsapp-image-2018-01-18-at-12-38-43-pm-2

Di bawah pimpinan seorang kapten baru, pasukan ini terpaksa bekerjasama dengan seorang panglima perang berbangsa Afghan untuk menumpaskan kumpulan Taliban.

Selain tema perjuangan dan peperangan, seperti filem-filem perang lain, 12 Strong turut menyelitkan unsur setiakawan dan persatuan dalam menentang cabaran hidup.

whatsapp-image-2018-01-18-at-12-38-43-pm-3

12 Strong akan mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Januari ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!