72408

1st World Sama’ Fest Hiburan Global Berteras Syarak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) bakal menganjurkan 1st World Sama’ Fest yang akan berlangsung pada 28 Julai 2017 bertempat di Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Acara ini bakal pertama kali dianjurkan di dunia dengan mengikuti garis panduan syarak yang ketat. Malah alunan muzik yang bakal didendangkan nanti juga tidak akan menggunakan peralatan yang bertali.

Setiap persembahan nyanyian akan diberi penekanan kepada kekuatan vokal berserta emosi dalaman yang hanya diiringi oleh paluan gendang dan gemerincing tamborin.

1st World Sama’ Fest adalah satu pertunjukan yang mengumpulkan persembahan-persembahan dari beberapa benua sebagai satu tanda perpaduan ummah dalam cinta kepada Allah S.W.T dan juga Rasulullah S.A.W bersesuaian dengan tema ‘Unity in Love’.

datuk-hattan

6fda2-imageresize

Acara pada malam itu nanti akan dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Manakala untuk persembahan nyanyian bakal menampilkan Datuk Nash, Datuk Hattan, Raihan, Johan As’ari bersama kumpulan Suara PERTAMA.

johan-asari-3screen-shot-2017-07-05-at-3-29-51-pm

Turut menjayakan persembahan pada malam itu ialah artis undangan dari peringkat antarabangsa antaranya, Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur Muhammadi (Morocco), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Committee (USA). Tarian Darwish daripada Turki juga akan turut dipersembahkan pada malam itu.

s501908452949131672_p1_i4_w471

2584219-3645843

Tiket 1st World Sama’ Fest boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my dengan harga serendah RM89 sehingga RM489. Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!