84866

23 Penggiat Seni Veteran Dapat Bantuan Tunaikan Umrah - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-47-pm

23 orang penggiat seni veteran diberi peluang berangkat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah Umrah bermula 26 Januari ini sehingga 6 Febuari 2018. Usaha untuk menghantar mereka ke Tanah Suci ini merupakan anjuran bersama Pejabat Penasihat YAB Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-46-pm

Usaha murni ini adalah untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang dizahirkan sendiri oleh beliau ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni pada tahun lepas agar penggiat seni veteran ini diberikan peluang untuk menziarahi Tanah Suci dan mengerjakan Umrah.

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-45-pm

Antara selebriti veteran yang turut serta dipilih adalah Hamid Gurkha, Zaiton Sameon, Shima, Sahara Yaacob, Ayati Tasrip, Aida Agil, Mat Over, Tawil, Ibnor Riza, Halil Chik, Zaleha Hamid dan ramai lagi.

Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Seniman dan sumbangan daripada Syarikat Zepp-On untuk pengangkutan peserta ke lapangan terbang, Natt-Tour Sdn Bhd yang menyediakan pakej terbaik dengan harga istimewa, serta Darul Jenazah yang menyumbang pakej khairat kematian kepada peserta untuk tempoh setahun.

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-48-pm-2

Sebelum ini sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memilih peserta yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan penulis. Antara kriteria yang dipilih adalah dari segi keadaan kewangan (kurang mampu), kemampuan fizikal dan tidak mempunyai larangan perjalanan ke luar negara.

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-48-pm

Sepanjang 12 hari ini, mereka juga akan turut meluangkan masa beribadah di Masjid An-Nabawi di Kota Suci Madinah, melawat beberapa tempat lakaran sejarah Rasulullah dan para sahabat serta menjalani beberapa aktiviti lain seperti kuliah agama dan makan malam beramai-ramai di padang pasir.

whatsapp-image-2018-01-26-at-1-41-43-pm

Kami di Suria mendoakan agar perjalanan mereka ke Tanah Suci dipermudahkan dan ibadah Umrah mereka diterima oleh Allah swt.

(Terima Kasih DATO’ RIZAL BIN MANSOR dari Yayasan Perdana Ummah)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!