71984

3 'Barang' Santau Yang Keluar Dari Badan Emma Akma Sangat Mengejutkan! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kerana sikap iri hati terhadap seseorang, masih ada lagi individu yang mempercayai dengan perkara-perkara syirik sehingga sanggup menyeksa orang yang disantaunya itu.

Ini yang terjadi terhadap pelakon wnita, Emma Akma yang terpaksa menanggung derita akibat disantau sejak tahun 1995 sehingga kini. Haih, kesiannya lahai!

emma-akma

Menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini, Emma mencerita serba sedikit tentang penyakitnya dan apa yang dijumpai selepas berubat itu sangat-sangat mengejutkan!

emma-2

Gambar dibawah merupakan barang-barang yang keluar daripada tubuhnya ketika berubat:

kapas-orang-mati

serpihan-batu-nesan

simpulan-benang-dan-dawai

Menurut Emma lagi menerusi portal Media Hiburan, beliau berasa lebih sihat dan lega selepas berubat tetapi bekas perubatan itu masih ada lagi.

“Ini kali pertama saya berubat cara bekam.  Keluar semuanya yang zahir seperti benang, rambut dan macam-macam lagi.  Masa benda tu keluar, memang terasa sakitnya. Alhamdulilah, ringan sikit dah badan ni selepas berubat.  Tapi itulah, kejap hilang, kejap datang balik.  Mungkin sebab ‘ibu’nya tak buang habis.  Atau pelaku tak insaf dan nak saya mati tapi tak juga mati-mati.”

Kepada anda diluar sana yang masih menggunakan perkara-perkara sebegini, hentikan lah semuanya sebelum terlambat. Kalau ada masalah atau tidak puas hati, cuba selesaikan dengan cara yang baik. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.

Sumber : Media Hiburan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!