84889

3 Rakan Artis Beri Dadah Pada Farid Kamil - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Farid Kamil telah membuat laporan polis mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakannya yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga menyebabkan dirinya bertindak ganas.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!