72570

5 Anak Malaysia Yang Membanggakan Negara - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena dengan Hari Kabangsaan yang bakal menjelang, Suria senaraikan lima anak Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia sepanjang tahun 2017.

1. Mohd Faiz Subri

screen-shot-2017-08-30-at-1-44-11-pm

Tahun 2017 dimulakan dengan pencapaian paling membanggakan bagi pemain bola sepak Malaysia apabila pemain pasukan Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya membawa pulang anugerah ‘FIFA Puskas Award’ yang mengiktiraf jaringan gol Mohd Faiz sebagai gol tercantik di dunia.

screen-shot-2017-08-30-at-1-44-39-pm

Faiz adalah anak Malaysia pertama yang tercalon serta memenangi anugerah yang disertai ‘Superstar’ bola sepak ternama dunia. Terlebih dahulu, video jaringan gol cantik Faiz telah menjadi bualan seluruh dunia sehingga tular di media sosial.

2. Azizul Hasni Awang

screen-shot-2017-08-30-at-1-46-53-pmThe Pocket Rocketman ini akhirnya berjaya menyarung jersi pelangi (jersi juara) setelah berjaya bergelar juara dunia pada kejohanan berbasikal keirin yang berlangsung di Hong Kong pada April lalu.

screen-shot-2017-08-30-at-1-47-10-pm

Azizul telah menewaskan pelumba dari Colombia dan Republik Czech. Tahun lalu Azizul turut menghadiahkan pingat gangsa pada temasya sukan Olimpik Rio 2016.

3. Cheong Jun Hoong

maxresdefaultPenerjun negara ini telah mengharumkan nama Malaysia apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara dunia acara terjun papan anjal 10 meter di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest pada bulan Julai lalu.

hqdefault

Jun Hoong telah menewaskan penerjun dari China yang merupakan pemenang pingat emas dan perak sukan Olimpik Rio 2016. Jun Hoong juga adalah salah seorang pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 bergandingan dengan Pandelela Rinong.

4. Noor Neelofa

quote-1-v2Usahawan, pelakon, pengacara serta ikon kecantikan ini telah membanggakan Malaysia apabila telah terpilih menjadi penghias majalah antarabangsa Forbes sebagai antara individu paling berjaya di Asia yang berusia bawah 30 tahun.

screen-shot-2017-08-30-at-1-57-21-pm

Neelofa telah berjaya memasarkan Naelofar Hijab di lebih 38 buah negara di seluruh dunia.  Turut tersenarai dalam barisan itu adalah seorang lagi anak Malaysia, Datin Vivy Yusof, usahawan berjaya.

5. Syamsul Yusuf

screen-shot-2017-08-30-at-1-59-38-pmPengarah, pelakon dan penyanyi ini baru sahaja membanggakan Malaysia apabila telah dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik 2017 yang berlangsung di Kemboja. Syamsul telah memenangi kategori itu untuk filem Munafik yang berjaya menerima kutipan pecah panggung.

munafikLebih membanggakan filem Munafik turut menjadi fenomena di negara jiran, Indonesia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!