72894

5 Pelakon Paling Menyerlah Tahun 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun 2017 tidak terlepas dari menyaksikan banyak drama serta filem yang menarik disajikan sepanjang tahun. Tidak dinafikan drama atau filem popular mampu melonjakkan nama peneraju utama sesebuah karya. SURIA senaraikan 5 pelakon yang paling menyerlah sepanjang tahun 2017.

1. Fattah Amin

screen-shot-2018-01-02-at-1-25-51-pm

Berbekalkan trofi Artis Paling Popular ABPBH, nama Fattah Amin dijulang tinggi menggunung oleh peminatnya. Bermula dengan kontroversi hubungan cintanya bersama Neelofa pada awal tahun, hingga gosip cinta lokasinya bersama Fazura, adegan bercium bersama Janna Nick dan perkahwinan rahsianya bersama Fazura. Dua drama mega iaitu Hero Seorang Cinderella dan My Coffee Prince sudah cukup untuk meletakkan Fattah Amin sebagai pelakon paling menyerlah sepanjang 2017.

2. Janna Nick

screen-shot-2018-01-02-at-1-27-42-pm

Tahun ini populariti Janna Nick terbukti apabila dia berjaya membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH. Sering dihimpit elbagai kontroversi seiring dengan arus kerjayanya. Drama My Coffee Prince dan Dia sekali lagi melonjakkan namanya sebagai antara pelakon paling menyerlah di Malaysia.

3. Farah Nabila

screen-shot-2018-01-02-at-1-28-49-pm

Nama yang tiba-tiba menjadi bualan ramai dek drama hangat Titian Cinta lakonannya bersama Zul Ariffin. Mencatatkan rating lebih dari 10 juta penonton, manakan tidak nama Farah Nabila terlepas dari senarai pelakon paling menyerlah sepanjang tahun 2017.

4. Zul Ariffin

screen-shot-2018-01-02-at-1-30-07-pm

Dua filem pecah panggung iaitu J Revolusi dan Tombiruo ditambah dengan dua lagi drama hit iaitu Titian Cinta dan menanti Februari sudah cukup membuktikan kenapa Zul Ariffin layak berada di dalam senarai kami. Ditambah dengan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH menguatkan lagi portfolio Zul sebagai antara pelakon lelaki paling menyerlah tahun 2017.

5. Syafiq Kyle

screen-shot-2018-01-02-at-1-31-33-pm

Disebut-sebut sebagai Hero Malaya terbaru, nama Syafiq Kyle mula menjadi kegilaan gadis-gadis Malaysia tatkala menjadi hero drama popular Mencintaimu Mr Photographer. Kecemerlangan Syafiq diteruskan dengan drama Dekatkan Jarak Kita yang sering trending di Twitter tatkala bersiaran. Tahun 2017 merupakan tahun yang hebat buat Syafiq Kyle apabila dia turut memenangi anugerah Lelaki Dambaan Intrend Gala 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!