72891

5 Penyanyi Paling Menyerlah Sepanjang 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun 2017 telah pun menutup tirainya. Untuk pembuka tahun 2018 ini, SURIA senaraikan 5 penyanyi yang paling menyerlah sepanjang tahun lalu.

1. Wany Hasrita

screen-shot-2018-01-02-at-11-05-49-am

Lagu hit Menahan Rindu nampaknya menjadi pembuka jalan yang begitu indah buat penyanyi ini. Berbekalkan wajah yang jelita bersama lagu yang mendayu, Wany Hasrita lantas menjadi kegilaan peminat muzik tanah air. Baru sahaja beberapa bulan menjadi penyanyi, Wany terus tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Penyanyi Wanita Popular. Tidak hanya bersandar kepada lagu Menahan Rindu semata-mata, Wany turut tampil dengan lagu duet bersama Tajul iaitu Disana Cinta Disini Rindu yang turut menjadi siulan anak muda. Langkah demi langkah di ambil Wany apabila pada tahun yang sama dia turut melancarkan single keduanya iaitu Rintihan Rindu.

2. Khai Bahar

screen-shot-2018-01-02-at-11-07-39-am

Mula meledak dengan video-video nyanyiannya di aplikasi Smule dan saluran YouTube. Nama Khai Bahar dengan pantas mendaki carta-carta lagu tempatan apabila dia melancarkan single sulung bertajuk Bayang.
Lebih manis Khai telah membolot beberapa anugerah besar di tahun pertamanya sebagai artis. Antara anugerah yang dimenangi Khai ialah Anugerah Meletop, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Planet Muzik. Setakat hari ini, Khai belum pernah pulang dengan tangan kosong setiap kali namanya tercalon di dalam sebarang anugerah.

3. Haqiem Rusli

screen-shot-2018-01-02-at-11-09-27-am

Mula menambat hati pencinta muzik Malaysia dengan lagu hit Segalanya, penyanyi muda ini pantas menjadi bualan peminat. Haqiem tidak menunggu lama untuk ke peringkat seterusnya apabila single keduanya iaitu Tegantung Sepi sekali lagi menjadi hit dan berjaya menjadi juara carta-carta lagu di Malaysia. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Haqiem turut berkebolehan dalam mencipta lagu.

4. Hael Husaini

screen-shot-2018-01-02-at-11-11-55-am

Lahir dari program realiti Akademi Fantasia bersama rakan duetnya Azhar dengan nama pentas Azhael, tahun ini Hael muncul sebagai penyanyi solo mempertaruhkan single pertamanya iaitu jampi. Lagu Jampi benar-benar telah menjampi seluruh rakyat Malaysia. Nama Hael Husaini tiba-tiba menjadi bualan ramai dek lagu Jampi yang begitu hit. Malah lagu Jampi turut menjadi runut bunyi drama popular Mencintaimu Mr Photographer.

5. Nabila Razali

screen-shot-2018-01-02-at-11-13-32-am

Sekapal dengan Hael Husaini dari program Akademi Fantasia, nama Nabila Razali tiba-tiba meledak dek penangan lagu Cemburu. Bukan itu sahaja, Nabila turut muncul sebagai heroin dalam drama Hikayat Si Pematah Hati bersama dengan Aliff Satar. Single keduanya yang berjudul Pematah Hati telah berjaya mencuri hati peminat muzik tanah air sehingga menjadi siulan ramai. Ditambah dengan kontroversi gimik muzik videonya bersama Aedy Ashraf, menjadikan Nabila Razali antara yang terhangat untuk tahun 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!