72698

5 Selebriti Berdarah India hiburan Di Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena dengan sambutan perayaan Deepavali, SURIA senaraikan 5 selebriti tempatan berketurunan India yang mewarnai industri hiburan dan fesyen di Malaysia.

Mereka bukan sahaja memilik rupa paras yang jelita, tetapi turut berjaya dalam bidang masing-masing malah pernah mengharumkan nama negara di mata dunia. Jom kenali siapa mereka.

1. Kavita Sidhu

screen-shot-2017-10-19-at-11-51-38-am

Aktres, model, pereka fesyen dan bekas ratu cantik ini memang sudah sebati dengan industri hiburan Malaysia. Wajahnya kerap menghiasi layar lebar satu ketika dahulu. Antara filem lakonan Kavita yang paling medapat perhatian adalah Mimpi Moon. Malah kavita juga merupakan wanita Malaysia yang pertama yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik antarabangsa.

2. Thanuja Ananthan

screen-shot-2017-10-19-at-11-53-22-am

Pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 2009, wajahnya yang eksotik dan memiliki rambut kerinting lantas menjadikan anak jati Kuala Lumpur ini menjadi tumpuan. Pencinta haiwan ini juga bergiat aktif dalam bidang modeling serta pernah menjadi salah seorang perserta dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Kini Thanuja sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

3. Kenchana Devi

screen-shot-2017-10-19-at-11-52-18-am

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon serba boleh ini. Mula dikenali dengan watak Kamala dalam sitcom Puteri bersama Nora Danish. Kenchana sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk mebintangi pelbagai drama. Malah Kenchana juga pernah bergelar penyampai radio.

4. Sangeeta Krishnasamy

screen-shot-2017-10-19-at-11-55-55-am

Nama Sangeeta mula mencuri tumpuan apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 29. Filem Adiwiraku benar-benar membuka mata ramai pihak akan bakat yang dimiliki oleh Sangeeta. Lebih manis Sangeeta adalah pelakon berketurunan India pertama yang memenangi anugerah berkenaan.

5. Vanizha Vasanthanathan 

screen-shot-2017-10-19-at-11-52-57-am

Nama Vanizha mungkin belum cukup hiburan untuk dibandingkan dengan 4 selebriti di atas. Namun nama Vanizha sangat hiburan dikalangan kelompok fesyen. Vanizha adalah model baru tanah air yang semakin menempa nama. Wajahnya yang begitu eksotik menjadi pilhan kebanyakan pereka fesyen ternama serta majalah fesyen yang dambakan khidmatnya. Malah Vanizha turut berjalan di pertunjukan ‘Lakme Fashion Week’ di India memperagakan busana dari pereka terkenal Bollywood seperti Manish Malholtra.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!