Ramai sebenarnya yang masih tidak tahu bahawa terdapat beberapa selebriti terkenal dunia yang sebenarnya beragama Islam. Biarpun sering bergelumang dengan dunia Hollywood yang penuh glamor, namun identiti mereka masih seorang Muslim.

SURIA senaraikan 5 selebriti terkenal dunia yang sebenarnya adalah seorang Muslim.

1. Zayn Malik

Bekas anggota kumpulan popular One Direction ini merupakan seorang Muslim. Bapa Zayn merupakan seorang British Pakistani dan ibunya pula berbangsa Inggeris. Nama sebenar beliau ialah Zain Javadd Malik. Namun kehidupan serta gaya hidup Zayn sebagai seorang Muslim sering dipertikai. Zayn turut memiliki tatu di badan.

2. Gigi Hadid

Supermodel terkenal dunia Gigi Hadid adalah seorang model Muslim yang berdarah arab. Bapanya Mohamed Hadid dilahirkan di Palestine sebelum akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat. Sewaktu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menentang Muslim di Amerika, Gigi antara orang kuat yang berkempen menentang Donald Trump habi-habisan.

3. Bella hadid

Adik kepada Gigi Hadid ini juga merupakan model terkenal dunia. Bella sering berkata bahawa beliau sangat bangga dilahirkan sebagai seorang Muslim. Namun baru-baru ini Bella telah mencetuskan kontroversi apabila memakai rantai berloket salib sewaktu menghadiri MET Gala biarpun sekadar mengikut tema.

4. Janet Jackson

Penyanyi terkenal yang juga merupakan adik kepada Michael Jackson ini memeluk Islam sewaktu berkahwin dengan bekas suaminya yang merupakan seorang Muslim pada tahun 2012. Mereka telah bercerai pada tahun lalu dan memiliki seorang anak. Mendiang abangnya Michael Jackson juga pernah dikatakan telah memeluk agama Islam sebelum ditemui meninggal dunia.

5. Mesut Ozil

Pemain bola sepak terkenal dunia dari Jerman yang merupakan pemain kelab liga Inggeris Arsenal ini merupakan seorang Muslim. Beliau sebenarnya berketurunan dari Turki. Ozil sering dilihat akan menadah tangan dan membaca doa di atas padang sebelum perlawanan bola sepak. Malah Ozil pernah memberitahu kesulitannya untuk berpuasa di bulan Ramadan apabila jurulatihnya menyuruh beliau memilih untuk bermain atau berpuasa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!