Tiada apa yang lebih menyedihkan bagi seorang anak apabila ibunya telah pergi kembali menghadap Ilahi.

Takziah SURIA ucapkan kepada pelakon Zul Ariffin yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta Robiah Nasir akibat serangan jantung awal pagi tadi.

screen-shot-2017-12-05-at-11-10-13-am

Mengenali Zul, dia sangat menyayangi ibunya malah kemana jua Zul pergi, pasti ada ibu yang menemani di sisi.

Lebih manis tahun ini ibu Zul dapat melihat anaknya menggenggam trofi Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

screen-shot-2017-12-05-at-11-09-39-am

Namun jodoh dan ajal tiada siapa yang dapat menduga. Allah lebih sayangkan ibu Zul. Semoga Zul tabah dan redha dengan pemergian ibu tercinta. Al- Fatihah.

 

Kredit foto : Istagram ZAFC

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!