72856

Konsert Suria 10 Tahun Disambut Gilang-Gemilang Bersama BDB Land di Kedah! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-47-00-am-1

Setelah lama dirancang dan ditunggu-tunggu, Konsert Suria 10 Tahun akhirnya berlangsung dengan penuh kemeriahan Sabtu lalu.

 

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-2

Acara yang dianjurkan dengan sokongan padu syarikat pembangunan hartanah BDB Land tersebut menyaksikan sekitar 15 ribu orang penonton yang hadir membanjiri tapak konsert.

 

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-1

Bertempat di Darulaman Park, ulang tahun ke-10 Suria di sambut gilang-gemilang dengan penganjuran konsert Suria 10 Tahun.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-47-11-am

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-47-00-am

Keterujaan Konsert Suria 10 Tahun dimulakan dengan persembahan gimik pembukaan daripada 7 orang penyampai Suria iaitu DJ Lin, Fizi Ali, Zulin Aziz, Brian, Bob Ringgo, Tyzo, dan Suraya. Persembahan yang berasaskan tarian dan nyanyian pada malam tersebut ternyata mencuit hati mereka yang hadir.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am

Pengunjung yang hadir juga dapat menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka secara langsung seperti Aiman Tino, Hazama, Tomok, Black dan ramai lagi. Malah, penyampai Suria iaitu Zulin Aziz dan Tyzo juga turut membuat persembahan menyanyikan single mereka masing-masing. Zulin sendiri menyampaikan dua buah lagu termasuk lagu keduanya ‘Keliru’ yang bakal dimainkan di corong radio bermula awal tahun 2018.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-29-am

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-29-am-2

Adrenalin konsert terus meningkat dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Bunkface dengan lagu-lagu popular mereka seperti Malam Ini Kita Punya, Darah Muda dan juga medley lagu Situasi dan Revolusi.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-29-am-1

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-6

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-7

Acara turut menyaksikan persembahan yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat iaitu penampilan bintang-bintang pujaan ramai seperti Wany Hasrita, Aiman Tino dan juga kumpulan DeFam yang berjaya mencuri perhatian penonton dengan gaya mereka tersendiri.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-3

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-8

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-5

Malah, persembahan daripada Azlan & The Typewriter, Hazama, Black dan Tomok juga tidak kurang hangatnya dan mendapat perhatian ramai apabila mereka menyanyi bersama lagu popular seperti Misteri Mimpi Syakila, Jrangkung Dalam Almari, Peronda Jaket Biru, Bujang Senang dan Sejati sebagai penghargaan kepada kumpulan Wings di hujung konsert.

whatsapp-image-2017-12-18-at-10-46-28-am-4

Namun yang paling dinanti-natikan sudah tentulah kemunculan Dato Awie yang begitu lincah beraksi di pentas sambil menghiburkan para penonton.

Konsert Suria 10 Tahun ini membuka ruang kepada pendengar-pendengar setia untuk mendekati dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria dan artis-artis popular. Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati dan berhibur dengan persembahan daripada artis, malah mereka juga boleh menyertai pelbagai aktiviti dan permainan pentas yang disediakan serta memenangi barangan eksklusif Suria.

“Alhamdulillah usaha dan latihan kami selama tiga minggu ini tidak sia-sia. Kami amat berpuas hati kerana dapat bertemu dan menghiburkan pendengar setia Suria,” komen Roslinda Abd Majid, Pengurus Program Suria FM yang juga merupakan penyampai Suria Cinta.

Orang ramai yang di luar kawasan utara tanah air ataupun tidak berkesempatan hadir ke Konsert Suria 10 Tahun ini, boleh menonton video konsert ini melalui laman sesawang www.suria.my dan Facebook @SuriaMalaysia.

Gunakan #Suria10Tahun untuk sebarang interaksi berkaitan program ini di laman sosial.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Kami di Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan konsert kami. Di harap, sokongan ini akan berterusan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!