72311

80 % Tiket Konsert Dato' Sheila Majid Habis Dijual - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas kali terakhir melakukan konsert berskala besar kira-kira 25 tahun lalu, Ratu Jazz negara Dato Sheila Majid akan kembali beraksi di Stadium Negara.

 

Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun ke-30 pembabitan wanita bertubuh kecil-molek ini dalam industri seni suara.

Baru sahaja diumumkan sebulan yang lalu, hampir 80 peratus tiket sudah pun habis dijual. Tiket yang paling mahal iaitu RM888 untuk kelas premium telah pun habis dijual. Begitu juga dengan tiket yang berharga RM388.

 

screen-shot-2017-05-26-at-12-51-00-pm

Pada malam konsert yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2017 itu nanti Dato Sheila akan mendendangkan 40 buah lagu yang dipilih dari kesemua album miliknya.

Pereka fesyen terkenal Michael Ong diberikan kepercayaan untuk mereka kesemua busana yang bakal dipakai Dato Sheila pada malam itu nanti.

screen-shot-2017-05-26-at-12-48-17-pm

Menurut Dato Sheila, Michael sudah menjalinkan kerjasama dengan beliau sejak tahun 1985 lagi. Malah Michael turut mereka baju-baju yang pernah dipakai Dato Sheila untuk konsertnya yang terdahulu termasuklah konsert Lagenda pada tahun 1991.

Peminat pastinya dapat menjangkakan persembahan yang menakjubkan dari Dato Sheila Majid di Stadium Negara, bilamana beliau mengintegrasikan sistem audio bernilai jutaan ringgit dan disertai dengan 100 tenaga profesional, pemuzik terhandal antarabangsa dengan pimpinan seorang Pengarah Muzik yang cukup sinonim dengan Dato Sheila Majid iaitu Mac Chew.

screen-shot-2017-05-26-at-12-48-35-pm

Diilhamkan oleh kata-kata yang sering diucapkan Dato Sheila Majid, “May Music Keep Us Together”, nantikan barisan lagu-lagu beliau, merentasi koleksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik, sehinggalah hasil karya dalam album terbarunya, dipadukan dengan mutu nyanyian yang hebat.

Dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertainment, dan disokong oleh pengurusan artis Magada Entertainment, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 bakal menjanjikan persembahan yang menakjubkan.

screen-shot-2017-05-26-at-12-52-30-pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ticket Charge +603
9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!