95869

Angelina Jolie Marah Brad Pitt Bawa Anak-Anak Jumpa Bakal Ibu Tiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Angelina Jolie dikatakan kurang senang dengan tindakan bekas suaminya, Brad Pitt memperkenalkan enam anak mereka kepada kekasih baharu, Alia Shawkat.

Menurut laporan Life & Style Weekly, sumber memberitahu Angelina meluahkan rasa marah dan geram apabila mengetahui anak-anaknya telah bertemu dan mengenali Alia.

“Angelina sangat melindungi anak-anak, di matanya tidak ada wanita yang cukup baik untuk menjadi ibu tiri apatah lagi dalam masa secepat ini. Dia kesal sekali.

“Ada mengatakan anak-anak menyukai Alia terutama Shiloh yang berterus-terang bercerita kemesraan dan keunikan bakal ibu tirinya itu. Mereka nampak serasi.

Alia dikatakan kekasih baharu Brad Pitt.

Gara-gara hubungan mesra itu, pelakon filem Maleficient ini dikhabarkan memberi amaran akan melarang anak-anak hadir ke majlis ulang tahun kelahiran Brad Pitt pada Khamis.

Malah, dia tidak mengizinkan anak-anak meraikan sambutan Krismas bersama bapanya itu sekiranya Alia turut diundang.

Sementara itu, sumber lain pula memberitahu Brad Pitt dan Alia memiliki perasaan mendalam antara satu sama lain dan hubungan mereka dikatakan sedang melalui fasa lebih serius.

Terdahulu, Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada tahun 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber