88443

A. Aida Bergelar Isteri Untuk Kali Keempat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon serta penerbit popular, Datuk A. Aida sekali lagi selamat diijabkabulkan dan bergelar isteri untuk kali keempat dalam hidupnya.

Pada tanggal 22 Julai 2018 lalu, A. Aida sah bergelar isteri kepada pelakon Ariff Aziz di hotel Dorsett Grand Subang.

Ariff yang 18 tahun lebih muda daripada A. Aida kelihatan segak berbaju Melayu putih sewaktu melafazkan akad sebanyak dua kali pada malam tersebut sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

Antara rakan-rakan selebriti yang hadir pada malam tersebut termasuk Fasha Sandha, Aidil Aziz, Datuk Seri Vida dan ramai lagi. Penyanyi Min Yasmin dan juga Firman turut hadir dan membuat persembahan istimewa pada malam tersebut.

Kami di Suria mendoakan semoga A. Aida dan Ariff mengecapi kebahagiaan sehingga ke anak cucu.

 

Gambar ihsan @budiey dan @urlov_creation

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber