85187

A Wrinkle In Time Suatu Keajaiban Buat Penonton Muda - Suria FM - Segalanya Hiburan

awrinkleintime_payoff

Disney sekali lagi muncul dengan sebuah filem yang menarik perhatian ramai orang, khasnya pencinta dunia fantasi dan keajaiban.

Filem terbaru mereka ‘A Wrinkle In Time’ yang diadaptasi daripada sebuah novel memang sudah lama dinanti-nanti sejak trelernya ditayangkan di media massa, khasnya di internet serta media sosial.

Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti ratu rancangan bual-bicara, Oprah Winfrey, serta bintang-bintang ternama lain seperti Reese Witherspoon dan Chris Pine, filem ini nampaknya bakal diminati oleh golongan yang lebih muda.

Dengan kesan khas yang menakjubkan dan garapan aneka warna dalam pembikinannya, A Wrinkle In Time menyingkap kisah hidup seorang remaja bernama Meg yang rindukan ayahnya, seorang angkasawan yang tiba-tiba hilang dalam sebuah misi saintifik.

whatsapp-image-2018-03-12-at-7-22-06-pm

Biarpun hampir putus harapan, adik angkatnya Charles Wallace rupa-rupanya mengetahui rahsia tentang keberadaan ayah mereka dan membawa Meg bertemu dengan beberapa makhluk istimewa dengan kuasa luar biasa untuk mencari ayah mereka yang hilang di alam lain.

Filem ini mempunyai jalan cerita yang agak ringkas namun kaya dengan seni visual yang menarik.

whatsapp-image-2018-03-12-at-7-22-06-pm-1

Andai anda peminat filem fantasi dengan banyak kesan khas, ini mungkin cereka yang anda cari. A Wrinkle In Time sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!