84873

Abang Brian Buka Cawangan Kedua Akademi Memasak Kanak-Kanak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum menjadi penyampai Suria lagi, Brian Chen atau lebih dikenali sebagai Abang Brian sudah lama menyimpan minat untuk berkongsi dan mengajar ilmu memasak yang ada pada dirinya.

whatsapp-image-2018-01-29-at-4-24-34-pm-1

Daripada minat tersebut, bekas finalis Masterchef Malaysia itu telah berjaya menubuhkan akademi memasaknya sendiri khusus buat kanak-kanak yang menyukai bidang itu.

Bermula dengan satu sahaja akademi di Bandar Sri Hartamas, kini Brian berjaya membuka cawangan yang kedua di IPC Damansara.

whatsapp-image-2018-01-29-at-4-24-34-pm-3

Menurut Brian, Young Chefs Academy ini dibuka untuk membantu memupuk minat di kalangan anak-anak kecil yang suka memasak dan mengembangkan lagi bakat mereka.

whatsapp-image-2018-01-29-at-4-24-35-pm-1

Malah Brian sendiri seorang  tukang masak yang mempunyai pelbagai bakat dan berpendidikan tinggi. Jejaka berbangsa Cina ini bukan sahaja fasih berbahasa Melayu tetapi dia juga seorang lulusan bidang perakaunan dan kewangan dari salah sebuah universiti di Perancis serta fasih berbahasa Perancis juga. Brian juga mampu mengacara dengan baik selain menjadi penyampai radio.

whatsapp-image-2018-01-29-at-4-24-34-pm

Sewaktu pelancaran cawangan kedua akademi ini, Brian turut mengadakan sesi khas buat kanak-kanak mengambil-alih dapur dan membantu menyediakan makanan tengah hari.

whatsapp-image-2018-01-29-at-4-24-34-pm-2

Kami di Suria memang bangga denga pencapaian Abang Brian dan berharap dia akan melakar lebih banyak lagi kejayaan dalam kerjayanya sebagai seorang penyampai radio dan tukang masak profesional.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!