72558

Abang Long Fadil 2 Cukup Rencah Aksi Komedi - Suria FM - Segalanya Hiburan

7abglongfadil200_450

Filem Box Office Abang Long Fadil kembali lagi dengan siri kedua yang diberi judul Abang Long Fadil 2.

Masih diterajui pelakon utamanya Zizan Razak, kali ni filem Abang Long Fadil dua diberi penceritaan yang baru. Ia tiada kaitan langsung dengan filem yang pertama.

thn_2358

Menariknya filem ini apabila ia turut dibintangi personaliti fesyen dan ahli perniagaan terkenal, Wak Doyok yang berlakon buat kali pertama.

thn_0349

thn_9388

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil yang cuba melakukan pelbagai perkara selepas menjadi samseng. Fadil cuba untuk menjadi gigolo dan melayani seorang wanita berusia.

thn_8915

wrp_9887

Tetapi malang bagi Fadil apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab lakonan Syamsul Yusof dan Inspektor Shuib lakonan Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

thn_8945

 

thn_8268

Dalam masa yang sama, Yana (Tania Hudson), seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan Tiger terjebak dalam kekalutan masalah yang dialami oleh Fadil.

thn_8852

_thn3223

Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama fadil adalah King Kong ( Dato Ac Mizal) seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit (A.Galak).

thn_1620

thn_9175

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan.

thn_9922

Hanya ada satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

 

wrp_9867

Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri yang tersembunyi selama ini?

Jangan lupa saksikan kesemuanya dalam Abang Long Fadil 2 di pawagam yang berhampiran bermula 24 Ogos 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!