89722

Aeril Zafrel Muatnaik Gambar Bogel Di Instagram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam pengikut-pengikut Instagram pelakon Aeril Zafrel terbeliak biji mata apabila aktor kacak itu memuatnaik foto lelaki bogel seorang lelaki yang menyerupai wajahnya.

Menurut Aeril dia telah menerima foto tersebut daripada seorang wartawan yang mahu bertanya tentang kesahihan foto yang sedang tular di media sosial itu.

Aeril terpaksa memuatnaik gambar individu yang dikatakan memiliki wajah seiras dengannya itu untuk tujuan memberi penjelasan supaya dirinya tidak dikaitkan serta difitnah.

Tambahnya lagi, gambar itu tidak boleh dikaburkan kerana mahu menunjukkan yang lelaki di dalam gambar berkenaan tidak bersunat.

Walaubagaimanapun tindakan Aeril memuatnaik foto panas berkenaan telah mengundang kecaman sesetengah netizen terutamanya wanita.

Kata mereka Aeril tidak sepatutnya memuatnaik foto sebegitu walaupun sekadar mahu membersihkan namanya.

Namun Aeril telah memadamkan foto berkenaan selepas beberapa ketika kerana memang niatnya untuk berbuat begitu.

Kepada individu yang cuba mengaitkan Aeril dan memfitnahnya, fikirkanlah balasan akhirat untuk orang yang melakukan dosa fitnah. Lagipun dalam dunia ni kan ada tujuh manusia yang mempunyai wajah yang sama. Namun dengan teknologi yang semakin canggih ini, tidak mustahil juga andai wajah Aeril disunting.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!