72221

Afgan Buka Restoran - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-26-at-3-08-12-pm-1

Penyanyi popular Afgan dari Indonesia terus mengembangkan perniagaan apabila memberitahu para pengikutnya di laman Instagram untuk mengunjungi restoran barunya, Hatchi yang dibuka di Jakarta baru-baru ini.

Di dalam foto tersebut, Afgan kelihatan gembira mendapat kunjungan dari kawan-kawannya yang datang untuk memberikan sokongan.

whatsapp-image-2017-04-26-at-3-08-12-pm-2

Selain itu, beliau juga ada memaparkan beberapa gambar kala menggayakan rekaan beberapa pereka fesyen terkenal Indonesia untuk satu acara penganugerahan fesyen, sebuah rancangan TV tempatan di laman Instagramnya.

whatsapp-image-2017-04-26-at-3-08-12-pm

Jelas kelihatan dari paparan media sosialnya, penyanyi ini sangat sibuk dan jadual hariannya agak padat. Namun begitu, beliau pernah memberitahu yang beliau sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk semua peminatnya di Indonesia serta Malaysia.

whatsapp-image-2017-04-26-at-2-35-54-pm

Oleh kerana itu, Afgan tetap akan bertemu para peminatnya esok, pada Khamis 27 April 2017 untuk persembahan Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur bersempena acara ‘An Intimate Evening With Afgan & The Gandarians’ di Tamingsari Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur jam lapan malam.

Untuk perkembangan secara langsung mengenai acara ini, ikuti laman Instagram Suria Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!