72231

Persembahan Afgan Sangat Menghiburkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-28-at-10-27-31-am

Acara yang dianjurkan bersempena dengan Minggu Setiausaha itu menyaksikan Afgan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popularnya selain beberapa lagu artis antarabangsa yang beliau minati.Seperti yang telah digembar-gemburkan, penyanyi pujaan ramai Afgan Syah Reza bersama kumpulan kugirannya The Gandarians telah menghiburkan para tetamu di acara “An Intimate Evening with Afgan and The Gandarians” di Tamingsari Ballroom, Hotel Royale Chulan di ibu negara semalam.

whatsapp-image-2017-04-28-at-10-27-31-am-1

Tidak pernah mengecewakan para peminatnya, Afgan juga turut mendekati para tamu yang datang kala dia turun dari pentas dan menghiburkan mereka yang sedang menjamu selera sambil membenarkan mereka mengambil gambar serta berswafoto bersama.

“Saya sudah sering membuat persembahan di Malaysia, tapi ia biasanya diiringi muzik minus-1, jadi kali ini saya bawa kumpulan kugiran saya sendiri untuk membuat persembahan secara langsung yang lebih mantap dan memuaskan.  Alhamdulillah, semua orang terhibur dengan pertunjukan malam ini,” jelas Afgan sewaktu sidang media selepas acara malam itu.

whatsapp-image-2017-04-28-at-10-27-10-am

Selain mendendangkan lagu-lagu popular terdahulunya seperti Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa, Knock Me Out serta Jalan Terus dan Ku Dengannya Kau Dengan Dia dari album terbarunya yang berjudul Slides, Afgan turut menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris seperti “Shape of You” nyanyian asal Ed Sheeran, serta “That’s What I Like” dendangan asal Bruno Mars. Menurut Afgan, penyanyi-penyanyi antarabangsa ini merupakan sumber inspirasinya dalam dunia seni persembahan muzik. Malah Afgan juga mempunyai hasrat untuk menghasilkan sebuah album penuh dalam Bahasa Inggeris dan kini sudahpun ada sedikit perancangan.

“Saya masih mencari penerbit yang sesuai. Untuk album saya sebelum ini juga saya pernah bekerja dengan seorang penerbit dari United Kingdom yang bernama Mark Hill. Dan dia pernah menjadi penerbit Ed Sheeran serta Craig David. Untuk saya melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa secara serius, saya rasa saya perlu mencari penerbit yang sesuai dengan diri saya. Penerbit itu penting buat pembikinan album dan saya tidak boleh ambil remeh perkara tersebut,” tambah Afgan lagi yang bercita-cita untuk memasuki pasaran Eropah.

Acara pada malam tersebut turut menyaksikan Hael Husaini sebagai artis jemputan untuk membuka acara dan ia juga dihadiri beberapa selebriti lain seperti Dato’ Shah Rezza, Rita Rudaini dan juga Ummi Nazeera.

Suria selaku rakan media rasmi berbangga kerana dapat bersama-sama membantu mempromosi dan menjayakan acara ini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!