72699

Afifah Nasir Minta Maaf Dengan Bella Astillah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon sensasi lagi kontroversi, Afifah Nasir yang meledak dek isu panas bersama Aliff Aziz dan isterinya mengakui telah memohon maaf kepada isteri Aliff, Bella.

Mereka dikatakan sempat bertelagah dengan sindir menyindir di Instagram tentang baju yang dipakai masing-masing.

screen-shot-2017-10-19-at-12-17-22-pm

Afifah sewaktu ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 berkata, dia telah menghubungi Bella menerusi Whatsapp dan telah pun memohon maaf di atas isu berkenaan.

“Saya mesej dia secara peribadi dan minta maaf andai dia terasa. Dia cakap okay tak ada apa pun”, jelasnya.

screen-shot-2017-10-19-at-12-16-48-pm

Kata Afifah lagi, selepas ini dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan Aliff Aziz dan mahu meneruskan kehidupan dan kariernya seperti biasa.

Sewaktu majlis berkenaan, Aliff dan Isterinya turut hadir bersama. Kata Afifah, dia tiada masalah untuk berada di tempat yang sama dengan mereka kerana perkara sebegini pasti akan berlaku dalam industri.

Bagus lah tu Afifah, lebih baik awak fokus dengan kerjaya dan mantapkan lagi lakonan. Semoga Afifah berjaya dalam industri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!