95660

Agnez Monica Berang Kenyataan Tiada Darah Indonesia Diputar Belit - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi terkenal Indonesia yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa iaitu Agnez Monica dikecam netizen apabila mengakui dirinya tidak berdarah Indonesia.

Menerusi satu wawancara dalam sebuah dokumentari di Amerika Syarikat, Agnez Monica memberitahu bahawa dia berasa sedikit berbeza berbanding rakyat Indonesia lain.

“Awak sedikit berbeza dari orang lain ya?” tanya Kevan Kenney.

Walaupun tidak boleh memilih darah atau DNA, Agnez masih bangga dengan negaranya.

“Yeah, kerana saya sebenarnya tidak berdarahkan Indonesia atau sewaktu dengannya. Saya berdarahkan Jerman, Jepun, Cina dan hanya lahir di Indonesia.

“Saya juga beragama Kristian dan di Indonesia majoritinya adalah Muslim jadi saya selalu rasa tempat saya bukan di sana kerana orang di sana selalu menerima saya seadanya. Cuma, selalu ada perasaan bahawa saya tak seperti yang lain,” katanya.

Agnez diwawancara oleh Kevan Kenney dalam dokumentari Build Series di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Agnez menerusi laman sosialnya pada Rabu beranggapan bahawa video dokumentari yang ditayangkan itu tidak disunting sehingga menyebarkan benci dan memutar belitkan kata-katanya.

Agnez beri penjelasan dikecam kerana dikatakan tidak berdarah Indonesia.

Tambah Agnez, dia tetap berkongsi kepelbagaian budaya yang dipelajari di Indonesia walaupun hanya golongan minoriti di negara itu.

“Kenapa bahagian video ini tidak disunting? Malu pada orang yang hanya mahu menyebarkan kebencian dengan memutarkan kata-kata dan niat saya.

“Semua yang saya katakan adalah perkara yang baik. Walaupun sebagai minoriti, saya dapat berkongsi kepelbagaian budaya luar biasa yang saya pelajari di negara saya. Saya selalu kongsikan dalam wawancara saya tidak kira di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Tak Ada Logika ini menjelaskan bahawa dia tidak boleh memilih darah tapi sentiasa berdiri untuk Indonesia.

“Kenapa bahagian video ini tidak disunting? Malu pada orang yang hanya mahu menyebarkan kebencian dengan memutarkan kata-kata dan niat saya.

Agnez Monica

Penyanyi dan Pelakon Indonesia

Dalam pada itu, Agnez memaafkan dan berharap warganet yang mengecamnya menemukan keamanan dalam hati.

“Saya tidak boleh memilih darah atau DNA saya, tetapi saya berdiri untuk negara saya dan tidak ada sesiapa pun boleh mengambilnya dari saya. Belajarlah untuk melihat segala-galanya daripada mengambil perkara dalam konteks.

“Bagi orang yang menyokong saya, saya sayang awak. Bagi orang yang salah faham dengan saya, saya sayang awak dan saya maafkan awak. Percayalah, saya tidak menyimpan dendam atau kemarahan terhadap awak semua.

“Untuk semua warganet yang marah dengan saya, saya doakan supaya awak semua jumpa keamanan dalam hati,” ujarnya.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!