72799

Ah Boys To Men 4 : Kena Called Back Penuh Adegan Lucu - Suria FM - Segalanya Hiburan

final-poster-abtm4-main-poster_1920x1080abb

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin kurang didedahkan dengan filem-filem daripada Singapura namun sebenarnya filem-filem negara tersebut ada kualiti dan sering juga mendapat perhatian komuniti filem antarabangsa.

Terbaru Singapura mempersembahkan filem komedi Ah Boys To Men 4 : Kena Called Back yang merupakan sekuel keempat filem asal Ah Boys To Men.

dsc00083

Filem asalnya menyingkap perjalanan rakyat Singapura tika menjalani program wajib khidmat negara (khasnya para lelaki yang sudah menamatkan pengajian sekolah menengah di negara itu). Malahan, filem-filem dari siri ini telah mengaut keuntungan jutaan dollar Singapura setiap kali tayangan kerana berjaya meraih ramai peminat yang menyukai humor dan jalan cerita yang dipaparkan.

dsc00157

Dan kini dalam sambungan keempat, watak-watak asal filem pertama yang sudah membesar dan bekerja terpaksa dipanggil semula untuk latihan khas khidmat negara.

Pelbagai kejadian lucu dan beberapa babak mencemaskan sepanjang cerita menjadikannya filem yang harus ditonton oleh semua.

abtm_354

Biarpun tidak pernah menonton filem asal, kami di Suria yakin para penonton tetap akan terhibur dengan gelagat watak-watak utama filem ini. Selain dapat mengenali lebih banyak tentang budaya dan cara hidup rakyat Singapura, ia juga mempunyai banyak pengajaran buat semua yang menonton.

dsc00347

Diarah oleh sutradara Singapura terkenal, Jack Neo filem ini menggunakan pelbagai bahasa yang sering dituturkan di negara jiran itu.

Malah sebahagian besar filem ini menggunakan Bahasa Inggeris ala Singapura atau ‘Singlish’ yang mirip dengan Bahasa Inggeris yang digunakan di Malaysia. Diselang-selikan pula dengan Bahasa Mandarin dan sisipan kata-kata bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Hokkien, ia tetap membuat penonton ketawa berkat sarikata terjemahan yang tertera di layar lebar ketika tayangan.

dsc00929

Jadi jika ingin ketawa di pawagam saksikan Ah Boys To Men 4 yang sudahpun mula tayangan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 23 November.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!