88315

Ahli Politik Ajak Zarina Anjoulie & Fathia Latiff Ke Hotel? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Panas! apabila Zarina Anjoulie mendedahkan di Instagram miliknya bahawa sering diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai ahli politik yang berani mengajaknya ke hotel.

Disebabkan tidak tahan sering diganggu, Zarina telah memuatnaik gambar lelaki berkenaan yang juga merupakan suami orang.

Kata Zarina lagi, lelaki miang itu sering mengajaknya dan seorang lagi rakan artis iaitu Fathia Latiff untuk tidur di hotel.

Zarina turut memuatnaik gambar ‘screen shot’ tempahan bilik hotel yang bernilai RM600 yang telah pun dibuat oleh lelaki berkenaan.

Aduh kenapa sampai jadi begini? Andai benar seperti yang didakwa Zarina itu, SURIA doakan semoga lelaki berkenaan insaf dan fokus dengan kerjanya untuk memajukan negara. Ingatlah pengorbanan isteri dan anak-anak di rumah.

SURIA tabik dengan Zarina yang tidak mudah runtuh ke kaki sang buaya. Semoga perniagaan Zarina terus maju dan kaya raya supaya tidak perlu mengharapkan duit dari lelaki semata-mata.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber