72071

Aiman Tino Ceburi Bidang Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja nama penyanyi Aiman Tino, pasti ramai yang sudah mengenali jejaka yang popular dengan lagu hits beliau iaitu ‘Ku Rela Dibenci’ sekali gus melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular yang lain apabila Aiman berjaya melayakkan dirinya ke pentas Anugerah Juara Lagu 2016.

dscf0085

Apa yang menariknya tentang Aiman, kesungguhan beliau dalam dunia perniagaan kini telah membuahkan hasil apabila beliau dilamar oleh Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd untuk mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri yang diberi nama ‘Sweet Aiman’.

dscf0183

Untuk pengetahuan anda, dahulunya Aiman pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepad peminatnya ketika mengadakan persembahan dan kini beliau terpanggil untuk melebarkan sayap perniagaanya ke peringkat yang lebih tinggi.

dscf0101

Beliau juga meluahkan rasa berpuas hati apabila tiga jenis produk keluarannya kini sudah berada di pasaran adalah 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD.

Kami di SURIAfm mendoakan agar Aiman Tino akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Yela, tidak salah jika seseorang itu mahu menceburi beberapa bidang dalam satu masakan? Selamat maju jaya buat Aiman Tino!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!