89367

Aiman Tino Mahu Beri Peluang Kepada Artis Baru Untuk Menyerlah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kebelakangan ini penyanyi remaja popular iaitu Aiman Tino seakan sedikit memperlahankan rentak aktiviti seninya. Namun itu tidak bermakna dia sudah tidak laku.

Berpeluang bertemu penyanyi kegilaan ramai ini sewaktu konsert Havooc di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, SURIA sempat bertanya tentang perkembangan baru Aiman Tino.

Menurut Aiman Tino, dia mengakui memperlahankan sedikit rentak karier nyanyiannya untuk memberi peluang kepada artis baru.

“Ramai yang tanya kenapa Aiman senyap, mana single baru? Sebenarnya Syarikat rakaman yang Aiman bernaung pun sudah ada beberapa artis baru, jadi saya cuba memberi ruang kepada artis baru untuk membina nama juga.

Saya pun dah berbincang dengan syarikat dan mungkin hujung tahun ataupun tahun depan baru kita keluarkan single baru”, jelasnya.

Wah SURIA kagum dengan keprihatinan Aiman yang mahu memberikan ruang kepada artis-artis baru untuk menonjol ke hadapan. Semoga rezeki Aiman akan lebih mencurah-curah selepas ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber