90210

Air Mata Tokram Mengalir Dengar Nyanyian Zamani Sewaktu Raptai GV5 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juri tetap program nyanyian Gegarvaganza musim kelima (GV5) Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tokram mengakui beliau menitiskan air mata sewaktu menonton persembahan Zamani ketika sesi raptai.

Untuk konsert GV5 yang pertama, Zamani membawakan lagu Gerimis Mengundang. Namun nyanyian Zamani disifatkan Tokram sekadar menyanyi dan sama seperti di dalam cakera padat.

Semalam (merujuk kepada hari raptai) dia menyanyi tanpa juri, tanpa penonton, tiada siaran langsung ‘it was so beautiful’!

Saya beritahu dia jangan menyanyi seperti di dalam televisyen atau cakera padat. Dia kena meratap. Dan sewaktu dia menyayi ketika raptai itu air mata saya keluar. Tapi pada malam ini dia menyanyi seperti di dalam cakera padat“, jelasnya ketika ditemui pada sidang media.

Tambah Tokram lagi, setiap peserta GV5 perlu mengambil peluang beraksi di pentas GV5 untuk memberikan persembahan nyanyian yang berbeza kerana program ini direkodkan dan dijadikan sebagai arkib.

 

Kredit Foto : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!