87569

Aizat Bakal Tampil di Konsert Padi Reborn - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tinggal beberapa hari lagi dan khalayak di Kuala Lumpur akan menyaksikan konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live In KL.

Selain kumpulan Pitahati yang terkenal dengan lagu Sahabat akan membuka acara konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd ini, pihak penganjur juga turut berbesar hati mengundang dua lagi nama pemuzik yang bakal memeriahkan konsert tersebut.

Aizat Amdan yang kini popular dengan Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Padi Reborn. Buat penyanyi berusia 27 tahun ini, undangan ini merupakan sebuah penghargaan buat dirinya. Merupakan salah seorang peminat lagu-lagu Padi, Aizat mahu pun penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka. Ini merupakan salah satu unsur gimik yang bakal disaksikan dalam konsert yang akan berlangsung pada 30 Jun ini bermula 8 malam di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Manakala pemuzik cilik iaitu pemain dram, Amira Syahira juga dijemput oleh pihak penganjur untuk menambahkan lagi keriuhan konsert ini nanti. Amira merupakan salah seorang pemain dram yang kini mendapat perhatian khalayak kerana kebolehannya akan menunjukkan kehebatannya di malam itu nanti apabila bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain drum terbaik Nusantara dari Padi Reborn. Sudah tentunya untuk Amira yang kini berusia 15 tahun, ini merupakan sebuah platform yang baik untuk dirinya memperkembangkan bakat dan menonjolkan skil yang ada pada dirinya.

Berita baik lagi buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak penganjur sangat prihatin dengan musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen. Oleh kerana itu, buytickets.com.my dengan berbesar hati menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn.

Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet (sesi ramah mesra) boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket. Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) .

Malahan bagi tujuan promosi dan memeriahkan lagi suasana menunggu ketibaan hari konsert, pihak penganjur mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tempatan yang muncul dalam acara SUNDAZE PRE PARTY OF PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL. Acara yang akan diadakan pada 24 Jun ini di The Bee Publika bermula 3 petang ini akan menyaksikan persembahan oleh kumpulan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlights dan Pesawat.

Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di http://www.facebook.com/padirebornexclusiveinkl, https://www.facebook.com/qewcomm atau Instagram https://www.instagram.com/padireborn_liveinkl

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!