20180106_153846

Pelawak, pelakon, serta pengacara terkenal Malaysia yang berasal dari Kluang, Johor dan bekas juara program televisyen realiti Raja Lawak Musim Ke-6 tahun 2012, Mohd Hanaffi Razak atau lebih dikenali dengan nama Ajak bakal memenuhi tahun baru 2018 dengan pelbagai aktiviti seni.

“Alhamdulillah, 2018 merupakan pembukaan yang indah buat saya kerana ada beberapa program yang telah dirangka dan saya berasa sangat teruja dengan perkembangan ini.

Terbaharu, saya diberi peluang serta kepercayaan untuk mengacarakan rancangan berbentuk infotainment nombor satu Malaysia iaitu ‘Melodi 2018’ dan berkolaborasi bersama Janna Nick sebagai hos bersama. Harapan saya pengikut Melodi akan kekal bersama saya dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk kendalikan rancangan yang lebih 20 tahun bersiaran di TV3.

Saya juga bakal bertarung dalam sebuah program terbaru di TV3 berjudul ‘Bintang Bersama Bintang’ yang akan mula bersiaran pada 14 Januari dan mengacarakan sebuah program ‘Anugerah’ pada bulan April ini,” jelas Ajak mengenai aktiviti seni yang bakal dilaluinya.

Selain itu pihak pengurusan saya telah berurusan bersama seorang komposer ternama dan InshaAllah saya akan merakam sebuah single tak lama lagi dan akan dilancarkan pada bulan Februari. Saya bercadang untuk buat kelainan sikit untuk single ini.

Baharu-baharu ini, Ajak serta keluarganya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama setelah penat bekerja sepanjang tahun lepas. Dan isteri tersayang juga di tahan di wad kerana sesak nafas sejak tiba di tanahair dan terus bekerja. Alhamdulillah dia semakin sihat hari ini.

20180106_153757

Bercerita lanjut mengenai kejutan hari jadi yang dikelolakan oleh isteri tercinta dan pihak pengurusan Ajak, beliau tidak menyangka sama sekali akan di kejutkan sebegini. Ajak amat terharu dan bersyukur serta berterimakasih kepada semua yang terlibat.

“Ribuan terima kepada En Saiful dari Kota Seriemas Golf & Country Club kerana berbesar hati untuk menganjurkan majlis hari jadi saya yang ke 32.

Pada mulanya, isteri saya memberitahu ada tugas pengacaraan yang perlu dilakukan di sini tetapi itu hanyalah helah semata-mata untuk membawa saya ke sini untuk dikejutkan.

Selama isteri saya berada di dalam wad baharu baharu ini, dia gigih berkomunikasi bersama pihak pengurusan saya untuk merahsiakan sambutan ini daripada saya. Mereka memainkan peranan penting menyembunyikan dari pengetahuan saya dan berpakat dengan rakan sekerja saya Fizie bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.

20180106_160729

Terima kasih Fizie & juga Sam Nuhair kerana sudi terkejutkan saya dengan jeritan dan mendendangkan sebuah lagu hari jadi yang agak ‘rare’ buat saya iaitu ‘Selamat Ulang Tahun’ versi Hail Amir dan Sanisah Huri. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini, juga kepada penaja kek hari jadi iaitu Sunday Do & Cakewan & Co
Turut dihargai buat rakan media yang bersusah payah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis saya dan juga rakan rakan artis , keluarga saya serta sahabat handai.

Saya akui ini merupakan kali pertama mendapat ‘kejutan’ sebegini rupa dan sangat bersyukur kerana rasa dihargai. Terima kasih sekali lagi.”

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!