84900

Akhirnya Neelofa & Zul Ariffin Bergabung Dalam Drama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Peminat Neelofa dan Zul Ariffin boleh menarik lafas lega apabila impian mereka untuk melihat kedua-dua bintang popular ini bergandingan bakal menjadi kenyataan.

Neelofa dan Zul bakal bergandingan dalam drama terbaru untuk saluran Astro sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, peminat kedua-dua bintang ini sering berharap agar Neelofa dan Zul Ariffin akan bergandingan sebagai pasangan dalam drama.

Kedua-dua mereka sama cantik dan sama-sama popular. Gandingan mereka berdua pasti ditunggu-tunggu dan bakal mencetus fenomena baru dalam industri drama Melayu.

Tak Sabar rasanya SURIA nak lihat gandingan mereka berdua ini. Agak-agak ada hashtag gabungan nama mereka berdua nanti tak? Kita tunggu okay!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!